2 maut, 3 parah nahas Proton X70 dinaiki 5 sekeluarga dengan treler

2 maut, 3 parah nahas Proton X70 dinaiki 5 sekeluarga dengan treler

2 maut, 3 parah nahas Proton X70 dinaiki 5 sekeluarga dengan treler
Dua maut, manakala tiga lagi parah, dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton X70 dinaiki lima sekeluarga dengan treler tanpa muatan di Jalan Lestari Hijau 1, malam tadi. – Foto ihsan bomba

KULAI: Dua maut, manakala tiga lagi parah, dalam nahas membabitkan sebuah Proton X70 dinaiki lima sekeluarga dengan treler tanpa muatan di Jalan Lestari Hijau 1, Taman Lestari Hijau di sini, semalam.

Mangsa terkorban adalah seorang wanita berusia 36 tahun yang juga pemandu Proton X70 berkenaan, dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Fauzi Che Idris, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 7.36 malam berhubung kemalangan itu.

Susulan itu, beliau berkata, seramai 14 anggota dari BBP Kulai dan BBP Pekan Nenas bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

“Nahas itu membabitkan sebuah treler dan Proton X70 dinaiki lima mangsa dengan dua daripada mereka ditemui terperangkap dalam kenderaan berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

“Pasukan kemudian segera membawa keluar mangsa terbabit. Namun, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tiga lagi mangsa yang parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala pemandu treler terbabit selamat.

Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 10.15 malam tadi.

2 maut, 3 parah nahas Proton X70 dinaiki 5 sekeluarga dengan treler


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker