Dua maut kereta dan lori durian bertembung di Jalan Lipis-Benta

Dua maut kereta dan lori durian bertembung di Jalan Lipis-Benta

Dua maut kereta dan lori durian bertembung di Jalan Lipis-Benta
Dua lelaki maut selepas sebuah kereta bertembung dengan lori bawa muatan durian dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Lipis-Benta berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta, malam tadi. – Foto Polis

LIPIS: Dua lelaki maut selepas sebuah kereta bertembung dengan lori membawa muatan durian di Kilometer 18, Jalan Lipis-Benta berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata kejadian jam 9.20 malam membabitkan sebuah kereta dinaiki empat lelaki dan sebuah lori yang dalam perjalanan menghantar durian ke Kelantan.

Dua maut kereta dan lori durian bertembung di Jalan Lipis-Benta
Pemandu kereta Ng See Jou dan seorang penumpang warga China yang masih belum dikenal pasti identitinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. – Foto Polis

Siasatan awal mendapati kereta dipandu Ng See Jou, 47, bersama tiga lelaki warga China dalam perjalanan dari Kelantan menuju Kuala Lumpur, lori pula dipandu seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang bergerak dari Raub ke Kelantan.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu, Ng See Jou dan seorang penumpang warga China yang masih belum dikenal pasti identitinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan.

Pemandu lori serta dua lagi penumpang warga China cedera dan dihantar ke Hospital Lipis untuk rawatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

Polis memohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan.

Dua maut kereta dan lori durian bertembung di Jalan Lipis-Benta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker