Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
Penceramah bebas bergelar ustaz yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai berkenalan dengan mangsa menerusi media sosial sejak dua bulan lalu.
Hubungan bermula Mei lalu dikatakan bermula dengan pertanyaan mengenai permasalahan hukum agama susulan lelaki berusia 30-an itu ada membuat syarahan secara bersemuka dan menerusi media sosial termasuk saluran YouTube.
Penceramah bebas berkenaan dilaporkan telah berkahwin.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, berdasarkan siasatan awal, perkenalan antara penceramah dan remaja berkenaan bermula apabila mangsa dipercayai ada menghubungi lelaki itu di media sosial bagi bertanyakan masalah agama.
“Suspek adalah penceramah bebas yang turut memberikan ceramah di media sosial. Jadi, dari situ mereka mula mengenali satu sama lain dan perkenalan terjalin sejak Mei tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Mengulas lanjut, Sasikala berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan bagi melihat sama ada wujud unsur ugutan dilakukan suspek terhadap mangsa susulan berlakunya beberapa hubungan intim sebelum ini.
Jelasnya, siasatan itu berikutan kejadian terkutuk berkenaan melibatkan berlainan lokasi termasuk di Perak dan Kuala Lumpur berdasarkan laporan dibuat mangsa.
“Lokasinya berbeza dan kita tidak tahu semasa berlaku di sana (dua buah lagi negeri) itu bagaimana (sama ada wujud ugutan). Kita masih merakam percakapan suspek.
“Siasatan juga masih dijalankan sama ada disebabkan perwatakan baik membuatkan mangsa percaya kepada suspek sehingga disyaki berlakunya kejadian berkenaan (rogol). Namun, suspek ini sudah berkahwin,” ujarnya.
Jelas beliau, setakat ini tiada laporan baharu diterima dari mana-mana mangsa yang lain dan pihaknya akan menggunakan tempoh reman lima hari sehingga Sabtu ini bagi melengkapkan siasatan.
“Sejurus selesai kita serahkan suspek kepada Polis Perak susulan terdapat laporan di sana,” ujarnya.
Kosmo! semalam melaporkan seorang penceramah bebas dicekup Isnin lalu selepas disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun.
Lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, kira-kira pukul 4.50 petang Isnin lalu selepas polis menerima laporan berkaitan kes rogol, Sabtu lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. K Online
Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi
You must be logged in to post a comment.