Hubungan dengan Shuib, ini jawapan Zara Zya
Hubungan dengan Shuib, ini jawapan Zara Zya
Masih menjadi tanda tanya ramai, pelakon popular Zara Zya enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sebaliknya meminta orang ramai menitipkan doa yang baik-baik buat dirinya.
Tidak jemu menjawab hal tersebut, pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 37, itu berkata dia memahami keprihatinan orang ramai yang sentiasa ingin mengetahui tentang dirinya terutama berkaitan hal percintaan.
“Saya memang tidak mahu ulas panjang mengenai hal tersebut.
“Namun saya faham ramai yang nak tahu tentang saya. Selagi masih tiada kata putus, orang masih nak tahu tentang hubungan cinta saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi naskhah Pia itu turut berkongsi perancangannya membuka cawangan terbaharu kedai minuman berasaskan madu, Bumble Bee tidak lama lagi.
Perancangan tersebut secara tidak langsung meleraikan tanda tanya ramai susulan hubungan baik dan sering muncul dalam video bersama Shuib.
“Jadi, apa yang boleh cakapkan ialah doa yang baik-baik untuk saya.
“Satu perkara yang pasti ialah saya akan buka sebuah cawangan kedai minuman Bumble Bee tidak lama lagi,” katanya.
Terdahulu, namanya sering kali menjadi sebutan apabila beberapa kali muncul bersama Shuib dalam video yang dimuat naik menerusi platform digital masing-masing.
Biarpun seolah-olah sudah mendapat ‘restui’ umum sekiranya ditakdirkan bersama, Shuib mahupun Zara sebelum ini pernah menegaskan hubungan mereka sekadar sebagai sahabat seindustri dan usahawan, bukannya bercinta seperti yang dicanang umum. K Online
Hubungan dengan Shuib, ini jawapan Zara Zya
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi
Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)