Ricky Martin aniaya fizikal, psikologi saya

Ricky Martin aniaya fizikal, psikologi saya

Anak saudara penyanyi terkenal, Ricky Martin memfailkan perintah sekatan terhadap penyanyi Puerto Rico itu.

Dia mengatakan Martin menganiaya secara fizikal dan psikologi ketika mereka menjalin hubungan romantis selama tujuh bulan.



Portal Insider melaporkan Dennis Yadiel Sanchez, 21, mendakwa Martin yang juga bapa saudaranya itu tidak dapat menerima hakikat selepas mereka putus hubungan.

Dia mendakwa Martin terus menghubunginya dan berlegar-legar di luar rumahnya.

Pada 2 Julai lalu, Sanchez pergi ke balai polis untuk mendapatkan perintah sekatan sementara, menurut portal berkenaan.

El Vocero, sebuah akhbar Puerto Rico melaporkan perintah itu ditandatangani oleh Hakim Raiza Cajigas Campbell, akhir bulan lalu.



Keesokan harinya, Martin dalam satu ciapan Twitter mengatakan perintah mahkamah terhadapnya adalah ‘sepenuhnya berdasarkan dakwaan palsu.’

Martin berkata, oleh kerana ia sudah membabitkan undang-undang, pihaknya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Menurut Marca, sebuah organisasi berita Sepanyol, nama anak saudara Martin sebelum ini dilindungi di bawah Undang-undang 54, Akta Pencegahan dan Intervensi Penderaan Rumah Tangga Puerto Rico.

Sanchez adalah anak kepada adik Martin, Vanessa.



Dalam pada itu, peguam yang mewakili Martin, Marty Singer menafikan dakwaan itu.

Dalam satu kenyataan kepada People, dia berkata, malangnya, orang yang membuat tuntutan ini sedang bergelut dengan cabaran kesihatan mental yang mendalam.

“Ricky Martin sudah tentu tidak pernah dan tidak akan pernah terbabit dalam sebarang jenis hubungan seksual atau romantik dengan anak saudaranya.

“Tarikh mahkamah ditetapkan pada 21 Julai,” katanya. HM



Ricky Martin aniaya fizikal, psikologi saya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]



Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker