Pesawat bertembung, 4 maut

Pesawat bertembung, 4 maut

Empat orang maut apabila dua pesawat bertembung di Las Vegas Utara di negeri Nevada Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik memetik Jabatan Bomba Bandar Las Vegas Utara (CNLV).

Laporan mengenai kejadian diterima pada jam 12 tengah hari, waktu tempatan semalam.



Petugas NLVFD (Jabatan Bomba Las Vegas Utara) dan LVFR (Bomba dan Penyelamat Las Vegas) bertindak sebaik menerima laporan kejadian.

“Pada masa ini empat kematian dilaporkan. Punca kemalangan masih disiasat,” kata jabatan itu di media sosial.

Menurut laporan KLAS-TV yang memetik Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS, pesawat Piper PA-46 bertembung di udara dengan Cessna 172 (kedua-dua pesawat enjin tunggal), ketika sedang bersedia untuk mendarat. Setiap pesawat membawa dua orang, menurut FAA.

FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sedang menyiasat nahas itu. BH



Pesawat bertembung, 4 maut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]



Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker