Azza jual kit urus jenazah ingatkan kematian

Azza jual kit urus jenazah ingatkan kematian

Ada banyak sebab pelakon Azza Elite membuat keputusan mengusahakan perniagaan menjual kit pengurusan jenazah sebagai pendapatan sampingan biarpun pada mulanya takut menjadikan produk itu sebagai barang jualan.

Azza atau nama sebenar, Nor Azzarima Zawari berkata, dia cuba mengimbangi perkara duniawi dan syurgawi dengan menjual kit pengurusan jenazah lelaki dan wanita yang secara automatik mengingatkan dirinya dengan kematian.

“Usaha saya menjual kit pengurusan jenazah bukan berpaksikan keuntungan, sebaliknya atas tuntutan fardu kifayah.

“Sebelum ini, ketika saya rancak menjual sejadah, kebiasaannya, ada hamba Allah yang suka memberi infak. Ada juga yang bertanya kenapa tidak buat infak kit pengurusan jenazah?

“Biarpun diakui saya takut untuk menjual kit pengurusan jenazah pada mulanya, namun, saya ambil langkah berani. Secara tidak langsung, usaha saya ini memudahkan urusan orang yang mencari kelengkapan jenazah pada masa tidak terduga,” katanya.

Dia berkongsi insiden seram namun mencuit hati apabila kali pertama stok kit pengurusan jenazah dibawa ke rumah untuk disimpan.

“Pada hari pertama stok dibawa ke rumah, saya letakkan di luar kediaman. Dalam hati, saya fikir, tidak perlulah bawa ke dalam rumah.

“Hendak dijadikan cerita, pada hari kedua selepas waktu Subuh, kedengaran bunyi aneh di sudut di mana stok kit pengurusan jenazah itu diletakkan.

“Saya jenis penakut dan mula terfikir macam-macam. Namun, saya husnuzon, barangkali itu bunyi kucing yang terlanggar sesuatu.

“Selepas kejadian itu, saya menyimpan stok kit pengurusan jenazah di premis perniagaan,” katanya ditemui pada majlis Meet & Greet Cik Laila (drama Mem & Bibik Bibik) bersama artis naungan Dino May Entertainment di sini, baru-baru ini.

Azza berkata, perniagaan diusahakan melengkapi khidmat pengurusan jenazah yang diuruskan teman baiknya, Noorkhiriah.

“Kita boleh hadiahkan atau infak kit pengurusan jenazah ini. Kematian berlaku setiap hari. Kita juga menuju ke arah itu.

“Bagi saya, setiap rumah kena ada kit pengurusan jenazah ini,” katanya sambil menambah kit pengurusan jenazah boleh diinfak dan diletakkan di masjid atau kampung.

Mengenai karier seni, Azza bersyukur dengan nikmat Tuhan apabila empat drama lakonan iaitu Mem & Bibik-Bibik, Republik Gombak, 7 Hari Mencintaiku 3 dan Isteri-Isteri Ayah disiarkan TV3.

“Cuma baru-baru ini, saya terpaksa tolak tawaran berlakon kerana masalah tiada pembantu rumah.

“Jika ada ‘job’ yang tidak mengambil masa panjang, saya boleh hantar anak ke rumah ibu mentua,” katanya.

Azza bersyukur usaha untuk kembali aktif di persada membuahkan hasil.

“Watak Mak Su Piah dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 meninggalkan impak besar apabila watak itu dibenci ramai. Saya selesa melakonkan watak jahat atau antagonis kerana orang mudah ingat.

“Dari zaman Sembilu hingga Maria Mariana, saya lakonkan watak antagonis,” katanya. BH

Azza jual kit urus jenazah ingatkan kematian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker