Mahkamah tolak permohonan Syed Saddiq dakwa saksi utama perbicaraan



Mahkamah tolak permohonan Syed Saddiq dakwa saksi utama perbicaraan

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendakwa saksi utama bagi kes pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram dihadapinya kerana kenyataan yang didakwanya sebagai “bercanggah”.

Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid berkata, kenyataan saksi, Rafiq Hakim Razali, yang tidak dikemukakan di mahkamah, tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mendakwa bekas penolong bendahari Pemuda Bersatu itu.

Peguam Gobind Singh Deo kemudiannya berkata, pihak pembelaan sedang membuat permohonan baharu untuk mendapatkan kenyataan Rafiq yang direkodkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2020 semasa siasatannya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah permohonan pembelaan itu.




Katanya, dakwaan “percanggahan” yang dibangkitkan oleh peguam Syed Saddiq itu adalah kecil dan tidak mewajarkan prosiding pendakwaan dimulakan terhadap Rafiq.

Pada 8 Julai, pembelaan membuat permohonan untuk mendakwa Rafiq berhubung kandungan kenyataan saksinya yang “bercanggah” dengan keterangan lisan di mahkamah.

Bagaimanapun, pendakwaan berhujah bahawa kenyataan saksi Rafiq tidak mempunyai asas undang-undang dan tidak boleh diterima kerana pihak pendakwaan tidak mengemukakannya di mahkamah.

Dalam keterangan awal bulan ini, Rafiq memberitahu mahkamah bahawa Syed Saddiq telah memintanya untuk mengeluarkan RM1 juta ketika satu mesyuarat di rumah Syed Saddiq di Petaling Jaya pada Mac 2020.

Namun, ketika pemeriksaan balas, Rafiq berkata Syed Saddiq hanya menyebut jumlah RM1 juta itu dalam satu panggilan telefon.




Syed Saddiq yang juga bekas ketua Pemuda Bersatu sedang dibicarakan atas empat tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang. Beliau didakwa menyeleweng RM1.12 juta milik Bersatu.

Daripada jumlah itu, RM120,000 dikatakan dana parti untuk pilihan raya umum (PRU) 2018 dan RM1 juta didakwa dikeluarkan beliau tanpa persetujuan pucuk pimpinan parti.

Beliau turut mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan pengubahan wang berjumlah RM50,000 setiap satu. FMT

Mahkamah tolak permohonan Syed Saddiq dakwa saksi utama perbicaraan


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib



Leave a Reply

Your email address will not be published.