Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia

Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia

PENJARA Gitarama yang terletak di Rwanda, Afrika dianggap sebagai tempat paling kejam di atas muka bumi.

Penjara itu pada asalnya dibina pada tahun 1960 sebagai tempat tinggal untuk pekerja British.

Ia kemudiannya ditukar menjadi penjara yang direka untuk menahan kira-kira 400 banduan.

Menurut laporan, hanya sedikit makanan asas yang dibekalkan kepada banduan setiap hari.

Ia menyebabkan mereka berada dalam keadaan lapar sehingga terpaksa makan mayat banduan lain yang meninggal dunia.

Selain itu, timbul juga kisah mengenai banduan yang terpaksa tidur di dalam tandas dan loji kombahan.

Selain itu, penularan penyakit juga mudah berlaku kerana persekitaran yang sempit dan tidak sihat.

“Ramai banduan mati di Gitarama setiap hari. Jika wabak berlaku, tidak tahu berapa ramai yang boleh mati,” ujar Brigitte

Troyon dari Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa yang menyediakan bantuan perubatan kepada penjara itu

Dikatakan 38 peratus banduan dirujuk ke hospital kerana cedera selepas dipukul termasuklah patah tulang dan kesan gigitan manakala 41 peratus lagi didapati mengalami kaki reput kerana berdiri berkaki ayam di atas tanah yang kotor dan bertaburan dengan najis.

Ramai banduan telah mengalami gangren pada bahagian kaki mereka, dan ia adalah perkara biasa untuk jari kaki reput sehingga mereka jatuh sakit.


Lebih 1,000 lelaki dilaporkan telah meninggal dunia di Gitarama pada tahun 1995 sahaja.

Malah pada hari ini, bau busuk najis dan daging busuk boleh dikesan sehingga 1.6 kilometer (km) jauhnya.

“Keadaan di sini benar-benar tidak berperikemanusiaan,” kata Troyon.

Dalam pada itu, Bekas Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel, Sir Jeremy Hamley, mendedahkan lebih 2,000 penghuni telah meninggal di 13 penjara yang terletak di Rwanda pada tahun lepas.

“Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa percaya bahawa lebih 2,000 orang telah meninggal dunia di 13 penjara di Rwanda pada tahun lepas, kebanyakannya disebabkan oleh masalah kesihatan yang disebabkan oleh kesesakan.

Kebanyakannya berada di Penjara Gitarama,” ujarnya. – Daily Star.

Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker