Polis tembak isteri, kemungkinan suspek ambil dadah disiasat

Polis tembak isteri, kemungkinan suspek ambil dadah disiasat

Kangar: Polis akan menyiasat semua aspek termasuk kemungkinan berlaku penyalahgunaan dadah oleh anggota polis yang menembak mati isterinya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan pihaknya dan suspek yang ditahan sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.



“Perkara itu (dakwaan penyalahgunaan dadah) sedang dalam siasatan,” katanya secara ringkas ketika dihubungi pemberita.

Dalam masa yang sama juga, Surina menjelaskan bahawa segala prosedur operasi standard (SOP) mengenai suspek membawa senjata api pulang ke rumah pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop menjelaskan suspek membawa senjata api pulang kerana masih dalam tugasan operasi.

“Walaupun waktu bertugas sudah tamat tetapi suspek masih berada dalam tempoh operasi jadi itu membolehkannya membawa pulang senjata apinya itu pulang ke rumah.



“Malah, suspek juga mempunyai kebenaran daripada ketuanya untuk membawa senjata api itu,” katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, suri rumah Safsufarnisya Salleh, 26, meninggal dunia selepas ditembak suaminya yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal sekitar jam 6 pagi.

Suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu ditahan reman tujuh hari hingga 12 Mac ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. HM

Polis tembak isteri, kemungkinan suspek ambil dadah disiasat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”



A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker