Airforce The Movie sedia ‘serang’ panggung

Airforce The Movie sedia ‘serang’ panggung

Penerbit Airforce The Movie: Selagi Bernyawa lebih bersemangat untuk menayangkan karya itu di pawagam mulai 25 Ogos depan, selepas melihat kejayaan besar dan luar biasa dicatatkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ketika ini.

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan penerbit filem itu kepada Harian Metro, mereka menyifatkan kejayaan hebat filem Mat Kilau yang mencatat kutipan ‘box-office’ melebihi RM71 juta kini, secara tidak langsung membuktikan bahawa penonton sudah semakin percaya dengan karya tempatan.



“Kami bersyukur dan turut tumpang gembira dengan kejayaan besar filem Mat Kilau. Ini membuktikan bahawa penonton kini semakin percaya pada karya tempatan dan perkembangan positif ini secara tidak langsung menjadikan kami lebih bersemangat untuk menayangkan Airforce The Movie kepada penonton.

“Ditambah dengan adanya pembabitan Datuk Adi Putra sebagai salah seorang pelakon utama filem ini, beliau sangat berkaliber dan berbakat besar. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan beliau. Namun, seperti kita semua tahu, kejayaan sesebuah filem bukan hanya terletak pada seseorang individu saja dan ia kerja berpasukan,” katanya.

Pihak penerbit juga memaklumkan tidak mungkin untuk mereka meletak seluruh harapan kejayaan filem itu kepadanya seorang pelakon saja.

Katanya, Airforce The Movie terhasil dengan kerjasama baik daripada pelbagai pihak seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), penaja, pengarah, barisan pelakon serta kru produksi.



Ditanya juga pandangan penerbit terhadap sambutan penonton terhadap filem itu, katanya, mereka sudah berusaha menghasilkannya sehabis baik. Jelasnya, pihak penerbitan juga mengambil masa lima tahun untuk menyempurnakannya.

“Kami ambil masa lima tahun untuk memastikan karya ini sempurna. Sebelum tayangan kepada umum, kami juga sudah menayangkan filem ini kepada beberapa pihak industri dan pihak ATM. Syukur, mereka berpuas hati. Tapi, untuk kami menjamin kepuasan semua orang mungkin tidak. Namun, yang pasti filem ini berpotensi untuk menjadi salah satu karya aksi terbaik tahun ini,” katanya.

Sehubungan itu, Airforce The Movie: Selagi Bernyawa diterbitkan oleh gabungan lima produksi gergasi tempatan iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FX Hammer Films dan SixFun Media.

Selain Adi Putra, filem arahan bersama oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See ini turut dibintangi pelakon lain seperti Aiman Hakim Redza, Nas-T, Scha Alyahya, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan dan ramai lagi. HM



Airforce The Movie sedia ‘serang’ panggung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]



Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker