Eyka Farhana kena kecam , pakai baju ‘tak cukup kain’

Eyka Farhana kena kecam , pakai baju ‘tak cukup kain’

Ingatkan penyanyi Aina Abdul sahaja yang selalu dikecam kerana menjadi mangsa fesyen. Rupa-rupanya pelakon cantik, Eyka Farhana pun terkena tempias sama seperti penyanyi itu.

Bukan setakat dikatakan menjadi mangsa fesyen, Eyka juga dikecam netizen sebab pakaian yang dipakainya kelihatan agak seksi sehingga dilabel ‘tidak cukup kain’.



Berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon bertubuh kecil molek itu berkongsi foto menunjukkan dia memakai gaun berona hitam dengan gaya reben besar menutupi bahagian dadanya.

Pepatah ada berkata, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kiranya Eyka memang berani berpakaian sebegitu sebab tidak kisah dengan kecaman netizen terhadapnya.

Maka ‘terbitlah’ beberapa komen daripada ustaz dan ustazah ‘jadian’ memberi teguran dan tarbiah kepadanya.

“Tutup aurat kak. Insya-Allah akan mendapat hidayah nanti,” kata seorang netizen.



“Mangsa kezaliman fesyen. Sanggup buat apa sahaja demi populariti,” ujar seorang pengguna Instagram.

Malah ada juga beberapa netizen mempersoalkan ucapan sempena hari Krismas yang ditulis Eyka pada kapsyen gambar tersebut.

“Islam tidak membenarkan umat Muslim menyambut hari Natal (Krismas). Haram,” komen seorang pengikutnya. K Online

Eyka Farhana kena kecam , pakai baju ‘tak cukup kain’




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya



Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker