BN digesa ambil perhatian tentang 4 jenis pemimpin disebut Najib

BN digesa ambil perhatian tentang 4 jenis pemimpin disebut Najib

Ahli Barisan Nasional (BN) harus memberi perhatian kepada kenyataan Najib Razak baru-baru ini mengenai empat jenis pemimpin dalam gabungan itu, dan mereka yang tidak sehaluan dengan perjuangan parti, kata penganalisis politik.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu ialah satu amaran, manakala menurut James Chin daripada Universiti Tasmania, retorik sedemikian bertujuan menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan pilihan raya menjelang Oktober.

Berucap pada Konvensyen BN Sabah semalam, Najib berkata, terdapat empat jenis orang dalam BN.

Jenis yang pertama ialah “katak” atau mereka yang membelot. Jenis kedua ialah mereka yang “bersembunyi dalam gua” atau tidak hadir, ketiga terdiri daripada individu yang menyokong Bersatu, dan yang keempat adalah mereka yang setia kepada parti.

“Kita mesti nilai kebergunaan mereka (kepada parti) apabila tiba masanya,” kata Najib mengenai tiga jenis pertama itu.

Oh berkata, Najib nampaknya menggesa tiga jenis yang pertama itu untuk kembali ke pangkuan BN, dan seolah-olah berkata demikian kepada menteri Umno yang membuat kenyataan ditafsirkan sebagai tidak setia bagi puak arus perdana Umno.

“(Kenyataan Najib) satu amaran. Mungkin belum terlambat untuk ‘anak-anak jati’ (BN) ini untuk kembali kepada puak arus perdana yang diterajui Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak,” katanya kepada FMT.

Ibrahim Suffian daripada Merdeka Center berkata, pengkategorian itu mencerminkan pendapat berbeza dalam Umno.

Ahli Umno “agak dinamik” dan pragmatik dan jenis pemimpin yang disebut itu mungkin menukar pakatan dan menyokong seorang pemimpin berbanding pemimpin yang lain apabila keadaan sesuai untuk mereka, katanya.

Chin berkata, puak yang menyokong Najib dan Zahid mempunyai lebih banyak kuasa melobi untuk mengadakan pilihan raya, apabila dilihat pada kemenangan Umno pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini.

“Bolehkah Najib dan Zahid melakukannya (mengadakan pilihan raya)? Ya, (kerana) lambat laun Ismail tidak akan mempunyai pilihan selain membuat perjanjian dengan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, persoalan kekal sama ada Ismail boleh menyampaikan kemenangan dengan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Seorang lagi penganalisis, Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, menarik untuk dilihat siapa yang akan dipilih sebagai calon pada pilihan raya akan datang, terutamanya mereka yang dianggap “tidak hadir” atau tidak aktif, dan individu lain yang dilihat cenderung kepada Bersatu.

“Namun, jika pemimpin pro-Bersatu tidak dipilih, ia boleh memudaratkan BN jika pemimpin itu mempunyai pengikut yang ramai di kawasan mereka. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan di sini,” katanya. FMT

BN digesa ambil perhatian tentang 4 jenis pemimpin disebut Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker