Nama besar dalam Jemaah Menteri dipercayai halang RUU anti-lompat parti

Nama besar dalam Jemaah Menteri dipercayai halang RUU anti-lompat parti

Beberapa “nama besar” dalam Jemaah Menteri dipercayai menghalang usaha agar undang-undang anti-lompat parti dikuatkuasakan sebelum pilihan raya umum akan datang (PRU15), menurut sumber.

Terdapat beberapa menteri mendesak agar rang undang-undang (RUU) anti-lompat parti dibentang dan diluluskan oleh Parlimen lewat bulan ini.



Bagaimanapun, segelintir ahli politik kanan dan berpengaruh menentang langkah itu supaya mereka dapat menarik ahli Parlimen yang baru dipilih ke pihak mereka, atau melompat ke pihak yang menang dan terus memegang kuasa, kata sumber itu.

Menurutnya, ahli Parlimen Bersatu dan PAS mungkin cuba menghalang undang-undang tersebut, manakala kebanyakan ahli Parlimen Umno, Pakatan Harapan (PH), GPS dan GRS menyokong ia dilaksanakan.

“Nampaknya segelintir menteri yang sangat berpengaruh lebih suka undang-undang itu dilaksanakan selepas PRU15. Mereka mahukan ia sebagai ‘insurans’ untuk menerima ‘katak’ jika mereka memerlukan angka untuk membentuk kerajaan atau menyertai parti yang menang.

“Jika undang-undang itu diwartakan sebelum PRU15, maka tiada peluang untuk yang kalah berkuasa seperti sekarang. Kerjaya politik sesetengah daripada mereka juga boleh berakhir jika ini berlaku,” kata sumber itu.



Sumber itu berkata, perkara ini berpunca daripada ketidakyakinan mereka untuk memperoleh kemenangan meyakinkan pada PRU15, kerana pengundi kini berpecah belah dan terdapat sekurang-kurangnya lima juta pengundi muda dan baharu yang sukar ditentukan kecenderungan politiknya.

Satu lagi sumber berkata, undang-undang baharu itu mendapat sokongan yang menggalakkan dan boleh mudah diluluskan dengan majoriti dua pertiga, sekalipun Bersatu, PAS dan sekumpulan ahli Parlimen Umno menentangnya.

“Tetapi ini akan menjadi langkah berisiko kerana ia akan menunjukkan perpecahan besar-besaran dalam kerajaan berhubung isu yang serius. Persoalannya ialah sama ada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sanggup mengambil risiko dan berpihak kepada majoriti rakyat yang mahukan undang-undang ini dilaksanakan segera.

“Memandangkan kedudukannya kini lemah, perkara ini akan benar-benar menjadi dilema baginya,” tambahnya.



Satu sumber berkata, mereka yang menyokong undang-undang itu diguna pakai awal beranggapan pengundi kecewa dengan aksi lompat parti yang menyebabkan kejatuhan beberapa kerajaan PH pada 2020, dan perpindahan wakil rakyat baru-baru ini.

“Semestinya wujud kebimbangan bahawa peratusan keluar mengundi akan terjejas tanpa undang-undang anti-lompat parti. Pengundi mungkin rasa mereka akan membuang masa pergi mengundi.”

Sumber itu berkata, undang-undang baharu yang dicadangkan itu boleh menjadi langkah permulaan “membersihkan” politik Malaysia, yang kini berada dalam keadaan yang menyedihkan. FMT

Nama besar dalam Jemaah Menteri dipercayai halang RUU anti-lompat parti




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar



Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker