Jangan layan tuntutan Muhyiddin – Najib



Jangan layan tuntutan Muhyiddin – Najib

Kerajaan digesa tidak melayan tuntutan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menuntut lantikan Timbalan Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) dan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan tuntutan Muhyiddin itu bukan keutamaan ketika ini memandangkan pentadbiran semasa hanya boleh bertahan maksimum setahun lagi, sebelum ia perlu dibubarkan.

Sebaliknya, Najib menggesa kerajaan memberi fokus sepenuhnya pada usaha memulihkan ekonomi dan mengawal inflasi, berbanding mendahulukan pengagihan jawatan politik dan penubuhan majlis.

“Adakah prioriti negara ketika ini untuk lantik Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri baharu, pelbagai jawatan baharu serta menubuhkan banyak lagi majlis dan jawatankuasa?




“Saya faham kenapa dia (Muhyiddin) terdesak sehingga tahap ini. (Jawatan) dijadikan gula-gula untuk elak lagi ramai pemimpin BERSATU lompat keluar partinya seperti yang sedang berlaku sejak awal tahun ini.

“Harap kerajaan jangan layan. Fokus pada pemulihan ekonomi dan mengawal inflasi. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Bukan jawatan didahulukan, berlambak majlis ditubuhkan,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu bagi membincangkan isu lantikan jawatan baharu, khususnya Timbalan Perdana Menteri seperti yang dijanjikan kepada PN.

Selain itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri, menggesa Majlis Pemulihan Negeri segera dibentuk bagi melancarkan usaha memulihkan ekonomi bersepadu membabitkan kerjasama kerajaan Pusat dan negeri.

Pengerusi PN itu memaklumkan cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri itu sudah diusulkan kepada kerajaan dan mendakwa ia dipersetujui Ismail Sabri. BH




Jangan layan tuntutan Muhyiddin – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.