Sebar fitnah, Bukit Aman panggil bekas senator masuk mengadap



Bekas senator Siti Aishah Shaik Ismail dipanggil polis sekali lagi. Kali ini dia dikehendaki hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangannya berhubung rakaman video TikTok mengenai isu penghapusan subsidi oleh kerajaan.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Siti Aishah itu memberitahu pada mulanya dia diminta pergi ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu esok untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, katanya, dia meminta perjumpaan itu diadakan selepas sambutan Aidiladha dan ia dipersetujui polis.

Minggu lalu, Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, Siti Aishah, 39, diambil keterangan oleh pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan siasatan.

Difahamkan, siasatan terhadap Siti Aishah – yang dilantik sebagai senator pada 22 Jun 2015 – itu dibuat mengikut Akta SKMM 1998.




Sebelum ini dia memuat naik rakaman video di TikTok mendakwa pelbagai subsidi akan dimansuhkan mulai 1 Julai yang boleh mengakibatkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan.

Menurut Siti Aishah, kira-kira lapan atau sembilan pegawai polis dan SKMM menyerbu rumahnya.

Mereka mengiringinya dengan tiga kenderaan untuk diambil keterangan di sebuah balai polis di Ipoh. Siti Aishah memberi keterangan kepada pihak berkuasa terbabit selama lebih tiga jam.

Selain itu, dia mendakwa telefon bimbitnya juga turut dirampas.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.