Iqbal beli banglo RM5 juta



Iqbal beli banglo RM5 juta

Selepas sebulan mencari rumah baharu, usahawan bergelar penyanyi dan juga pelakon, Ahmad Iqbal akhirnya dapat membeli sebuah kediaman mewah berharga RM5 juta yang terletak di penempatan elit di Bangsar, Kuala Lumpur.

Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli ketika dihubungi Kosmo! berkata, rumah banglo dua tingkat yang dilengkapi tujuh bilik itu terletak berhampiran dengan pusat beli-belah terkemuka, Mid Valley.

“Alhamdulillah selepas sebulan, dan menilai lebih daripada 15 buah rumah, saya akhirnya bersetuju untuk membeli sebuah kediaman banglo dua tingkat di Bangsar berharga RM5 juta. Rumah tersebut tidaklah terlalu besar, cuma harganya mahal sebab kawasan (Bangsar).

“Rumah itu kalau disewa pun harganya sekitar RM20,000 sebulan,” ujarnya.




Ujar bekas peserta program Big Stage 2022 lagi, dia memilih Bangsar kerana lokasinya yang strategik dan terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur.

“Pada awalnya saya mahu memberi rumah di kawasan Mont Kiara, tapi tiada dan akhirnya memilih kawasan Bangsar kerana dekat lokasinya yang strategik.

“Sebelum ini saya tinggal di Kajang dan memerlukan masa sehingga dua jam untuk ke Kuala Lumpur disebabkan kesesakan jalan raya. Buang masa dan duit minyak saya sahaja,” jelasnya yang akan berpindah ke rumah baharunya sekitar pertengahan Julai nanti.

Kata Iqbal, dia juga bercadang untuk melakukan sedikit pengubahsuaian pada rumah tersebut, namun bukanlah dalam masa terdekat kerana memerlukan modal yang besar sekitar RM1 juta sehingga RM2 juta.

“Saya akan buat ubah suai rumah, tapi bukan sekarang. Lagi pun banyak nak pakai duit. Saya bukan kaya seperti Datuk Alif Syukri atau Datuk Sri Vida,” katanya.




Dalam pada itu, Iqbal turut berpesan pada netizen yang mungkin akan bercakap dia mampu untuk membeli rumah tersebut kerana berduit, sedangkan dirinya juga pernah melalui hidup susah suatu ketika dahulu.

“Ada netizen komen, katanya tidak kisah saya mampu membeli rumah berharga jutaan ringgit sebab saya kaya. Tapi mereka lupa saya pernah hidup susah dahulu.

“Saya pernah cuci pinggan, kerja di restoran makanan segera dan di pasar malam. Rezeki saya lebih sebab usaha saya lebih. Kepada mereka yang mengecam saya, janganlah anggap kaya itu sebagai hina,” katanya.

Pada masa sama, Iqbal juga mahu mengubah persepsi masyarakat supaya tidak berfikir mahu hidup sederhana dan ‘cukup makan’ kerana menganggap sikap sebegitu sebagai pentingkan diri sendiri.

“Kalau kita berusaha dan ada rezeki lebih, sekurang-kurangnya kita dapat bantu orang lain yang susah dan jana ekonomi negara. Dapat juga membayar zakat lebih,” katanya. K Online




Iqbal beli banglo RM5 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.