“Kita Dalam Parti Tidak Serang Perdana Menteri” – Najib Razak

“Kita Dalam Parti Tidak Serang Perdana Menteri” – Najib Razak

Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak senada dengan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa UMNO tidak sesekali menyerang kerajaan dipimpin Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Pekan itu, UMNO memberikan sepenuhnya sokongan kepada Ismail Sabri menerajui negara.

“Kita (UMNO) tidak menyerang beliau (Ismail Sabri). Mungkin ada beberapa serangan ke atas beliau tetapi bukan dari kalangan UMNO.

“Ismail Sabri sentiasa mendapat sokongan daripada UMNO,” katanya dalam sidang media selepas hadir pada Majlis Konvensyen BN Sabah di sini, pada Sabtu.

Dalam masa sama, Najib turut berharap BN Sabah dapat menyumbang kepada kemenangan sekali gus menjadi kubu kuat parti tersebut semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Najib berkata, BN memberi fokus kepada Dasar Pandang Borneo serta usaha membangunkan kedua-dua negeri di Borneo tersebut iaitu Sabah dan Sarawak.

“Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan, agenda pembangunan dan ekonomi kedua-dua negeri ini perlu diperkasa.

“Sabah sebagai contoh mempunyai produk pelancongan alam semula jadi. Dengan pelan pelancongan yang baik, sudah pasti ia memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada negeri ini serta Sarawak,” kata beliau lagi.AA

“Kita Dalam Parti Tidak Serang Perdana Menteri” – Najib Razak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker