Penunggang motosikal nazak sempat beri nombor telefon ibu sebelum meninggal dunia

Penunggang motosikal nazak sempat beri nombor telefon ibu sebelum meninggal dunia

Seremban: Seorang penunggang motosikal yang terbabit kemalangan di Kilometer 270, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, awal pagi tadi, sempat memberikan nombor telefon ibunya untuk dihubungi.

Lukman Hakim Ramlan, 22, dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Segamat, Johor dari kediaman rakannya di Shah Alam, Selangor sebelum terbabit kemalangan jam 2.25 pagi.

Sepupunya, Nurafiq Safwan Abu Bakar, 30, berkata, Lukman Hakim tidak menunjukkan sebarang tanda pelik, namun sempat bertanya untuk meminjam motosikalnya untuk ke ibu negara.

“Arwah membantu saya menjual produk jualan langsung secara sambilan. Biasanya dia akan ambil dahulu produk dan membayarnya pada awal bulan tetapi kali ini, dia bayar lebih awal.

“Arwah ke Shah Alam kira-kira jam 9 malam tadi dengan menunggang motosikal untuk ke rumah rakannya sebelum bergegas pulang ke Segamat kerana perlu bekerja hari ini,” katanya dihubungi.

Nurafiq Safwan berkata, berdasarkan maklumat, sepupunya itu dipercayai menjadi mangsa langgar lari dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubunginya atau berhubung dengan polis.

“Individu di lokasi kejadian menemui dia dalam keadaan nazak namun dia sempat memberikan nombor telefon ibunya kepada individu berkenaan.

“Saksi kejadian ini boleh hubungi ibu saudara di talian 011-35110706 atau saya di talian 011-63669558,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dirempuh dari belakang oleh kenderaan yang tidak dikenal-pasti.

“Akibatnya, mangsa meninggal dunia di lokasi manakala kenderaan terbabit melarikan diri dari lokasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai Inspektor Sharveen Raj di talian 014-21676424 bagi membantu siasatan,” katanya. HM

Penunggang motosikal nazak sempat beri nombor telefon ibu sebelum meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker