Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

KUALA LUMPUR, 27 OGOS 2022 – Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. FOTO/AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Suasana hiba menyelubungi Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) apabila anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib membawa sepucuk surat daripada Penjara Kajang.

Menurut Noorayana, surat tersebut ditulis sendiri bapanya yang ketika ini sedang menghuni Penjara Kajang.

Dalam surat itu, Noorayana memberitahu bahawa warkah itu khusus kepada pemimpin dan ahli UMNO yang datang pada Taklimas Khas Presiden UMNO petang ini.

Katanya, dalam warkah terbabit turut menceritakan keadaan bapanya di Penjara Kajang dan luahan Najib selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



“Apabila BN kalah pada PRU-14, saya beriltizam untuk terus berjuang meskipun ada pihak yang mengatakan bahawa BN seperti sebuah kapal yang karam.

“Lantas itu, saya bekerja bersungguh-sungguh untuk menjenamakan semula UMNO sebagai sebuah parti yang kuat walaupun ketika itu terdapat pelbagai halangan,” tulis Najib dalam surat tersebut.

Terdahulu, Nooryana turut membawa sehelai tali leher yang dipercayai selalu dipakai bapanya sewaktu menjadi Perdana Menteri sebelum ini.-

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker