Bangman Mengaku ‘Koyak’ Dituduh Tiru Khairul Aming

Bangman Mengaku ‘Koyak’ Dituduh Tiru Khairul Aming

Seorang content creator, Aiman Salim atau lebih mesra disapa Bangman meluahkan rasa tersinggung apabila ada netizen menuduhnya meniru selebriti masakan terkenal, Khairul Aming.

Dakwaan itu timbul dipercayai kerana Bangman turut menyediakan menu berbuka dan sahur sepanjang bulan Ramadan. Namun, sebenarnya ramai yang tidak tahu Bangman turut mempunyai jumlah pengikut yang tersendiri.

Sebelum ini dia banyak berkongsi video masakan di media sosial sehingga meraih jutaan tontonan di TikTok.

Menurut Bangman, dia sudah mula memasak seawal usia 14 tahun kerana ibunya bekerja sebagai pengasuh budak. Apabila ibu penat, Bangman tolong masak untuk makan malam. Dari situlah timbul minatnya terhadap dunia masakan.

No offense to khairul aming, i have so much respect to him. Kau nak cakap aku tiru dia sebab aku buat content masak? Ada juga yang cakap “eh tiber je dia tu buat content masak” Sabajap, sini aku bagitahu.

Mengenai kritikan masakan ‘biasa-biasa’ sahaja, Bangman mengakui dia bukanlah setaraf cef terkemuka. Content yang dibuatnya adalah simple agar mudah diikuti.

Tak kurang juga yang mengkritiknya ‘buat kerja senang’ kerana sudah memiliki jumlah pengikut yang ramai di media sosial.

Aku buat content dari januari 2014, konsisten sampai sekarang. 8 tahun. Every single day. Ada kau kira?

Selain minat, Bangman mengakui menjadikan content itu sebagai punca pendapatan dan dia sama sekali merasakan perkara itu tidak salah.

Aku koyak? Yes, aku ni manusia. Aku ni rilek je orangnya, tapi sometimes koyak jugak bila aku follow passion aku, orang nak kecoh. Niat aku nak tolong family pun, orang nak kecoh.

Menurutnya, sebelum ini dia langsung tidak ambil peduli dengan komen-komen negatif tetapi kali ini dia berasa sedikit tersinggung. Dia bagaimana pun meminta maaf jika ada terkasar bahasa.

Malah, dia sangat menghormati Khairul Aming dan berterima kasih kerana telah membuka jalan kepada ramai lagi content creator di luar sana. OM

Bangman Mengaku ‘Koyak’ Dituduh Tiru Khairul Aming


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker