Peja kecewa dengan Lee Zii Jia

IPOH – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluahkan kekecewaan susulan keputusan jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia menarik diri dari kejohanan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagaimanapun pihaknya tetap menghormati keputusan pemain yang berada di ranking nombor lima dunia itu.

Beliau juga telah menghubungi Zii Jia bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusan itu dan memberi alasan jadual yang begitu padat.



“Seperti orang ramai, saya juga berasa kecewa dengan pengunduran Zii Jia daripada mengambil bahagian mewakili Malaysia di Sukan Komanwel. Saya dah dapat bercakap dengan beliau sendiri dan beliau memohon ampun dan maaf (keputusan tarik diri).

“Saya sependapat bahawa semua atlet, setiap warga Malaysia seharusnya meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya, namun saya menghormati keputusan yg dibuat oleh Zii Jia,” katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Temasya Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan di padang sekolah berkenaan di sini pada Sabtu.

Ahmad Faizal berkata, ketiadaan Zii Jia pada Sukan Komanwel nanti akan memberi ruang kepada perseorangan ketiga negara untuk menyerlahkan bakat di dalam kejohanan tersebut.

Pada Rabu, Zii Jia menerusi sebuah video yang dikongsikan kepada media memaklumkan keputusan mengejutkan beliau untuk menarik diri daripada Sukan Komanwel pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.



Menurut pemain tersebut, sebab utama beliau mengambil keputusan itu adalah kerana kesukaran menangani jadual yang padat, selain mahu memberi fokus pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun pada 22-28 Ogos ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)



Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker