5 maut nahas: Arwah pelawa ibu ke Pahang

5 maut nahas: Arwah pelawa ibu ke Pahang

PADANG RENGAS – “Dua kali dia ajak emak ke Pahang tetapi emak tidak mahu pergi,” ujar Mohd. Yusof Ibrahim, 35.

Mohd. Yusof merupakan abang kepada Muhammad Rosli, 32, iaitu mangsa yang maut dalam nahas membabitkan kereta jenis Toyota Corolla dan treler tanpa muatan di Jalan Kuantan-Segamat dekat Gambang, Pahang semalam.



Kemalangan kira-kira pukul 3.40 petang itu turut mengorbankan isteri mangsa, Nor Afiqah Abdullah Sani, 35, dan tiga anak mereka iaitu, Nur Safwa Irdina, 7; Nur Sofea Raida, 6; dan Muhammad Rizqi berusia setahun enam bulan.

Menurut Mohd. Yusof, adiknya yang juga anak ke 10 daripada 13 beradik begitu beria-ria mempelawa ibu mereka untuk ke Pahang namun wanita itu enggan turut serta.

“Dua kali dia (Muhammad Rosli) ajak emak, pagi semalam sebelum dia bergerak pada sebelah malam dia ada hubungi emak lagi untuk mengajak. Emak memang tidak pernah lagi ikut mereka ke Pahang.

“Selalunya ibu mertua dia sahaja yang pergi sebab ada saudara-mara di sana tetapi kali ini, ibu mertua dia pun tidak pergi,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mereka di Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau di sini semalam.



Mohd. Yusof berkata, ibu mereka, Rakiah Md. Noh masih terkejut dan bagai tidak percaya apabila dimaklumkan mengenai nahas yang meragut nyawa lima beranak itu sehinggakan dia terdiam agak lama.

Katanya, dia dan adik-adik beradik lain juga lewat memberitahu kejadian tersebut kepada wanita itu kerana ingin mengesahkan mangsa terlibat dalam nahas berkenaan adalah keluarga adiknya.

“Emak macam tidak percaya dan tanya betul ke (Rosli terlibat kemalangan)? Kami beritahu betul tetapi tidak beritahu satu keluarga terkorban. Bila dia tanya cucu, barulah kami berterus-terang.

“Emak terkejut dan cakap ‘Ya Allah, anak aku’. Dia macam terpana, lama sikit baru dia menangis,” katanya.



Tambahnya, orang pertama yang tahu mengenai kejadian itu adalah abangnya yang diberitahu oleh rakan-rakan melalui kumpulan WhatsApp kereta sebelum menghubunginya dan meminta membuat semakan.

“Ketika terima gambar kemalangan itu, saya terus hubungi adik ipar tetapi tidak berjawab, saya hubungi Rosli pun sama, talian tidak dapat.

“Saya sebenarnya yakin, Rosli memang terlibat dalam kemalangan kerana saya cam kereta dia. Kereta itu baharu sahaja dibeli dari jiran. Sebab itu, rakan-rakan abang boleh tahu memang Rosli terlibat kerana mereka kenal kereta itu,” katanya yang kali terakhir berjumpa Rosli pada hari raya Aidilfitri lalu.

Tambahnya, tiada perubahan ketara yang dilihat pada adiknya yang bekerja sebagai pemandu bas melainkan dia kelihatan gembira ketika adik-beradik lain berkumpul di rumahnya di Bagan Serai baru-baru ini.



“Arwah ini perwatakannya periang dan ringan tulang. Dia kesayangan emak dan ibu mertua tambahan lagi isterinya cuma dua beradik sahaja.

“Hubungan kami adik-beradik memang rapat sebab itu rasa susah untuk percaya apa yang terjadi sebab kami baharu sahaja berkumpul. Arwah rajin melayan anak-anak buah, semasa berkumpul itu pun, dia belanja mereka seluar,” katanya.

Ujarnya, jenazah lima beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Labu Kubong di sini selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. K Online

5 maut nahas: Arwah pelawa ibu ke Pahang




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor



‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker