Pindaan Akta DBP: ‘Jangan lihat hukuman pada pesalah bahasa saja’
Isu Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 tidak seharusnya ditumpukan kepada aspek penguatkuasaan dan hukuman semata-mata, kata Pengerusi Jemaah Pengelola DBP Prof Dr Awang Sariyan.
Katanya, cadangan itu harus dilihat secara menyeluruh termasuk peranan DBP sebagai badan bahasa utama dalam bidang pentauliahan, penarafan, pelesenan, perbadanan dan kegiatan di peringkat antarabangsa.
“Media lebih menyorot aspek penguatkuasaan, walhal dalam sidang media dengan menteri kanan pendidikan pada 21 Jun 2022 di DBP, telah disebut oleh pengerusi Lembaga Pengelola DBP bahawa cadangan pindaan itu bersifat holistik,”
Dia bagaimanapun tidak menjawab soalan portal ini berkaitan jenis-jenis kesalahan yang dirancang ditambah dalam akta itu.
Penjara, denda maksimum RM50,000
Pada 21 Jun, Bernama melaporkan, melalui pindaan Akta DBP 1959, individu yang tidak menghormati bahasa kebangsaan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara.
Awang dilaporkan berkata cadangan pindaan itu kini dalam fasa akhir perbincangan sebelum dijangka dibentang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bulan depan.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 DBP di Kuala Lumpur, dia berkata hukuman itu dicadangkang untuk membangkitkan kecintaan dan rasa patriotisme.
Awang berkata, DBP turut mencadangkan Akta Bahasa Kebangsaan bawah selian Pejabat Perdana Menteri dipinda seiringan pindaan Akta DBP agar pihaknya dapat menjalankan penguatkuasa lebih berkesan.
Dalam kenyataannya pada Rabu, Awang berkata aspek-aspek pindaan yang dicadangkan penting untuk pengisian funsi DBP, walaupun selama enam objektifnya (bawah) telah terlaksana.
Selain itu, katanya, Akta DBP versi 1959 hanya berkaitan dengan penaikan taraf DBP sebagai jabatan kerajaan kepada badan berkanun.
Usaha 10 tahun
Sementara itu, Awang Sariyan berkata jika draf cadangan pindaan Akta DBP itu diluluskan, DBP akan mempunyai wibawa dan wewenang yang lebih jelas dalam pemenuhan fungsinya sebagai badan berkuasa bahasa yang utama negara.
“Semua pihak dimohon menunggu hasil pelaksanaan proses dan usaha draf pindaan itu dilakukan untuk diajukan kepada pihak berkuasa menurut tatacara yang ditetapkan,” katanya.
Dia mendedahkan usaha mengangkat cadangan pindaan Akta DBP telah mengambil tempoh lebih 10 tahun.
Oleh itu, katanya, DBP berharap dengan kejelasan hasrat kerajaan kini dalam usaha mengangkat martabat bahasa Melayu, DBP diberi peluang melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- PM tak perlu layan ugutan Bersatu
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- Isu DNB-5G: Timbalan menteri dengan Menteri tak berkomunikasi?
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Shahril sekolahkan Wan Saiful mengenai isu MN
- Saintis percaya manusia boleh bernafas menerusi punggung
- Anak lelaki Elon Musk mahu jadi mak nyah
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau
You must be logged in to post a comment.