Pengasuh rogol bayi, cabul 12 kanak-kanak

JARETH Thomas Harries-Markham mengaku bersalah atas 141 pertuduhan terhadapnya. – Facebook

 

CANBERRA – Seorang pengasuh lelaki di Australia mengaku bersalah di atas pertuduhan merogol seorang bayi selain mencabul 12 kanak-kanak lain, lapor akhbar The Sun.

Jareth Thomas Harries-Markham, 24, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Perth pada Selasa lalu. Dia berdepan 221 pertuduhan berkaitan jenayah seks terhadap kanak-kanak antara Julai 2020 hingga Ogos tahun lalu.

Lelaki itu mengaku bersalah atas 141 pertuduhan termasuk merogol kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Pertuduhan lain termasuk merakam bahan jelik dan berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak.

Pertuduhan selebihnya bagaimanapun digugurkan, manakala hukuman terhadap Jareth akan diputuskan oleh Mahkamah Agung Australia Barat pada 27 September ini, demikian menurut laman berita News.com.au.

Dalam keterangan di mahkamah, tertuduh didapati mengiklankan perkhidmatan penjagaan bayi di dua laman web.

Pada salah satu laman web berkenaan, lelaki itu mengaku bahawa dia ‘membantu membesarkan anak-anak untuk menjadi insan yang sebaiknya’.

Tertuduh didapati melakukan jenayah tersebut di serata Perth dan barat laut Australia Barat setelah mendapat kepercayaan sebilangan ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka.

Dalam iklan di laman web lain, tertuduh menawarkan perkhidmatannya pada harga AS$20 (RM88.13) hingga AS$25 (RM110.16) sejam selain mendakwa dia mempunyai lebih lima tahun pengalaman mengasuh kanak-kanak.

Polis menahan Jareth selepas menyerbu rumahnya di Bennett Springs pada 22 Ogos tahun lalu dan menemui bahan-bahan eksploitasi kanak-kanak. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker