Kenaikan elaun Pengerusi, ALP FGV, Ini penjelasan Idris Jusoh

SHAH ALAM – Selepas dikritik hebat berhubung tindakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 FGV Holdings Bhd meluluskan usul pembayaran elaun Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah (ALP), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjelaskan kewajaran berhubung isu tersebut

.Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kenaikan elaun sebanyak RM15,000 sebulan itu hanya perubahan elaun kenderaan kepada bentuk fi.

Ujar beliau, dalam erti kata lain, perubahan elaun itu tidak memberi sebarang peningkatan dalam bentuk kewangan kepada Pengerusi Felda.

Berikut adalah kenyataan penuh Idris:

Saya mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku sejak semalam tentang FGV. Izinkan saya untuk memberi penjelasan.

Ada juga yang salah faham mengatakan ini adalah merupakan kenaikan elaun Pengerusi Felda. Ini juga berlaku kerana kurang pengamatan setengah dari kita.

FGV adalah sebuah ‘public listed company’ (syarikat senaraian awam) yang mana Felda adalah pemegang saham terbesar.

Untuk menjadi syarikat yang cemerlang, FGV perlu kepada Ahli Lembaga Pengarah (BOD) yang juga cemerlang.

Dalam konteks ini tanda aras FGV juga perlu selaras dengan industri ‘benchmarking’ (penanda aras).

Untuk tahun kewangan 2021, FGV telah mendapat keuntungan luar biasa yang melebihi RM1 bilion (RM1.175 bilion selepas cukai).

Sebenarnya, FGV sudah lama tidak mengubah elaun pengarah (sejak penyenaraian FGV 10 tahun yang lalu).

Di masa yang sama, kita mahu FGV melaksanakan ‘a good corporate governance’ (tadbir urus korporat yang baik) sebagaimana syarikat-syarikat Senaraian Awam yang lain.

Peningkatan fi pengarah telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) semalam dengan peningkatan sebanyak 21 peratus.

Ini melibatkan kenaikan RM15,000 sebulan kepada Pengerusi dan RM2,500 sebulan kepada setiap Ahli Lembaga Pengarah (ALP).

Sebenarnya kenaikan RM15,000 sebulan kepada Pengerusi Felda adalah hanya perubahan elaun kenderaan kepada bentuk fi.

Dahulunya Pengerusi Felda sudah dapat elaun kenderaan sebanyak RM15,000. Elaun ini telah ditukar menjadi fi kepada Pengerusi Felda.

Dengan ini, fi Pengerusi FGV telah meningkat sebanyak RM15,000 kali 12 bersamaan dengan RM180,000 setahun.

Dengan erti kata yang lain, tidak ada kenaikan sebenarnya dalam bentuk kewangan kepada Pengerusi FGV.

Saya kenal Datuk Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV sekarang. Dialah individu penting yang membela kebajikan peneroka semasa FGV hendak disenaraikan dahulu.

Kesannya, beliau dihantar ke Rom sebagai atase pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Elaun Pengerusi FGV sebanyak RM40,000 sebulan pun adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pengerusi-pengerusi syarikat senaraian awam yang lain terutamanya syarikat yang bermodal pasaran besar.

Felda perlu memastikan agar FGV terus cemerlang untuk memberi manfaat yang terbaik kepada peneroka.

Di masa yang sama, FGV juga perlu dilayan sebagai syarikat senaraian awam yang sebenar.

Insya-ALLAH, saya cuba yang terbaik dengan penuh tanggungjawab dan amanah untuk memastikan Felda dan peneroka menjadi lebih cemerlang.

Kejayaan di dalam keberkatan.

Terima kasih.

Saya menuntut kefahaman daripada saudara sekalian.

Idris

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker