Amber Heard mahu terbitkan ‘buku balas dendam’

BANDAR RAYA NEW YORK – Pelakon Amber Heard didakwa sedang berbincang untuk menerbitkan buku biografi selepas tewas dalam kes saman menentang bekas suami, Johnny Depp, lapor akhbar New York Post, kelmarin.

Menurut sumber, buku tersebut akan mendedahkan segala butiran mengenai kehidupan Heard, dakwaan penderaan rumah tangga bersama Depp dan keruntuhan kerjayanya sebagai seorang pelakon akibat kes saman dengan lelaki tersebut.

Pelakon ‘Aquaman’ itu dilaporkan bersedia untuk berdepan apa sahaja kemungkinan disebabkan penghasilan buku tersebut dan melihatnya sebagai ‘buku balas dendam’.



“Heard menganggap kerjayanya di Hollywood sudah berakhir, jadi tiada sebab untuk dia berasa risau.

“Perbincangan mengenai penulisan dan penerbitan buku telah bermula, dia kelihatan sangat teruja dengan pelan itu,” ujar satu sumber rapat.

Bagaimanapun, pakar penulisan buku, Dror Bikel memberi amaran bahawa Heard perlu sangat berhati-hati dengan apa yang ditulis mengenai Depp dalam buku tersebut sekiranya ia benar-benar akan berlaku.

“Depp dan pasukan peguamnya akan meneliti setiap ayat dan perkataan yang berkaitan bintang Pirates Of The Caribbean itu.



“Jika Amber tidak cakna, mungkin dia akan menerima satu lagi saman daripada bekas suaminya,” tegas Bikel.

Wakil pengurusan Heard tidak menafikan mengenai khabar angin penghasilan buku tersebut namun menolak untuk memberi sebarang komen. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?



Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker