Azmin belum terbukti melompat lagi

PETALING JAYA: Dakwaan mengatakan Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan wakil PKR hanya spekulasi, kata Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Selangor Muhammad Hilman Idham.

Beliau berkata, dakwaan itu hanya bertujuan menimbulkan keraguan dan kesangsian dalam kalangan anggota Bersatu dan PN terhadap komitmen Azmin.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa Azmin mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mana-mana pemimpin PKR seperti dilaporkan portal media yang dipengaruhi PKR sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Hilman berkata, Azmin dalam kenyataannya baru-baru juga menegaskan komited dengan perjuangan Bersatu sebagai sebuah wadah politik dan akan terus berusaha menyemarakkan idealisme parti itu.

Katanya, Azmin juga menyatakan beliau akan memberi tumpuan untuk bersama kepimpinan Bersatu melaksanakan dasar prihatin rakyat, mencergaskan pemulihan dan menjamin pertumbuhan ekonomi yang lestari.

“Sesungguhnya Azmin dan kami serta anggota yang dipecat daripada pemimpin diktator PKR, tidak langsung berminat untuk bersama parti yang mendewakan manusia rakus tanpa hala tuju untuk memelihara kebajikan rakyat.

“Kami akan terus mempertahankan panji-panji Bersatu dan PN demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara,” katanya.

Terdahulu, Azmin dilaporkan mengadakan perbincangan dengan wakil PKR, pada 15 Jun di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, bekas timbalan presiden parti itu ketika ditemui menganggap dakwaan yang mengaitkannya dengan langkah menyertai semula PKR sebagai tidak benar.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker