“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]
“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]
SELEPAS kira-kira empat hari situasi panas ini berlarutan tanpa ada kata putusnya, kesudahan kepada episod ini apabila Syamsul Yusof nekad datang terjah ke Menara Star, di Petaling Jaya untuk menyelesaikan kemelut antara dia dan portal ini.
“Syamsul Yusof kau menyorok di mana? Puas wartawan mStar cari tapi tak jumpa”
Tajuk ini menjadi punca kepada kemarahan Syamsul yang mana antara lain intipati artikel berkenaan menyentuh mengenai ketidakhadirannya pada majlis pra-tonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di GSC Starling Mall, Damansara pada 16 Jun lalu.
mStar diwakili Ketua Pengarang, Niezam Abdullah menerima kunjungan Syamsul dengan baik dan memberi peluang untuk dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Saya betul-betul sedih, tajuk artikel ini. Seolah-olah mencabar saya. Sebab itu saya datang juga hari ni nak selesaikan masalah.
“Korang kena faham, ketika ini macam-macam dugaan saya hadapi. Hal rumah tangga, hal keluarga, anak sakit… macam macamlah. Harap korang faham. Saya faham kerja wartawan, tapi wartawan fahamlah juga keadaan saya,” luah Syamsul.
Niezam kemudian menjelaskan, pada malam pra-tonton filem itu, dia telah menghantar dua orang wartawan dan meminta mereka berjumpa Syamsul untuk berbincang secara baik berhubung insiden yang pernah berlaku pada November tahun lalu apabila portal ini menyiarkan kisah rumah tangganya sehingga mendapat reaksi kurang senang Syamsul.
Bagaimanapun kata Niezam, usaha untuk mendapatkan Syamsul pada malam pra tonton itu gagal kerana dia tidak muncul dan akhirnya portal ini mengambil pendekatan untuk berkongsi kejadian itu dalam bentuk artikel dengan judul berkenaan.
Syamsul juga meluahkan rasa terkilannya apabila wartawan mStar dalam sebuah rakaman video mengasak soalan bertubi tubi kepada ayahnya, Datuk Yusof Haslam yang ingin tahu mengenai hal peribadi dirinya selepas dikaitkan dengan Ira Kazar.
“Saya rasa kurang senang, bila wartawan jumpa ayah saya dan bertanya soalan pasal hal peribadi saya bertubi-tubi kepadanya,” tambah Syamsul lagi.
Bagaimanapun selepas lebih sejam sesi luahan perasaan itu berjalan, kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan berjaya menyelesaikan salah faham ini dengan baik.
Dalam keadaan merendah diri Syamsul berkata, mungkin ada juga kesilapan pada pihaknya dan berharap perkara yang terjadi itu tidak berulang lagi.
Ujarnya, apa yang berlaku itu mungkin juga berpunca daripada kurangnya interaksi dia dengan wartawan sejak kebelakangan ini yang biasanya menjadi medan kedua-dua pihak berkongsi pandangan masing-masing.
Niezam juga seolah-olah tidak percaya dan agak terkejut dengan kemunculan Syamsul bagaimanapun mengambil pendekatan memohon maaf kepadanya mengenai kandungan artikel yang disiarkan telah melukakan hatinya.
Untuk rekod insiden tidak puas hati antara wartawan dan artis bukanlah perkara baharu dan ia sering kali terjadi namun langkah bijak ialah dengan meyelesaikan ia secara baik kerana kedua-dua pihak saling perlu memerlukan. Ia ibarat aur dengan tebing, yang tidak putus jika dicincang.-mSTAR
“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kucing makan tuan
- Nurul Izzah tuai emas di New Delhi
- Hina Nabi: Malaysia hantar wakil khas ke India
- Kenyataan Johor keluar Malaysia adalah serius – Mahathir
- Muhyiddin tak serah RM1.3 juta kepada bendahari Bersatu – Mahathir
- Kenapa SPRM tak siasat dari awal nama pemimpin tinggi dalam lejar UKSB – Haniff
- Bawa lari pelajar dari Klang, rogol di Melaka
- Polis tahan lelaki disyaki serang Jagdeep
- Saintis temui lohong hitam yang boleh ‘menelan’ Bumi
- Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Parti Politik
- Glasier Kiamat di Antartika mencair lebih cepat
- Ajal ibu muda di mesin basuh
- Pelakon belasah penghuni kondo, polis perlu masa jalankan siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.