Bomba bantu urus pengebumian jenazah wanita berat 200 kilogram

Bomba bantu urus pengebumian jenazah wanita berat 200 kilogram

KOTA BHARU – Seramai 15 lelaki termasuk tujuh anggota bomba mengusung jenazah seorang wanita yang mempunyai berada badan 200 kilogram selepas meninggal dunia di rumahnya di Kampung Padang Demit, Kubang Kerian di sini hari ini.

Amizah Amdam, 37, yang mengalami masalah obesiti dan paras oksigen rendah dalam badan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi tadi.

Bapanya, Amdam Nuh, 69, berkata, anak keempat daripada lima orang adik beradik itu hanya mampu terlantar di rumah sejak dua bulan lalu apabila berat badannya semakin bertambah.

Katanya, sejak daripada itu, Amizah perlu bergantung kepada mesin bantuan pernafasan setiap masa.

“Amizah sepatutnya ada janji temu dengan doktor pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian tiga hari lagi untuk berbincang mengenai rawatan bariatrik yang dicadang untuk menurunkan berat badan.

“Bagaimanapun, hasratnya tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia pagi tadi. Saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah selepas menunaikan solat subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Paya Demit di sini hari ini.

Jenazah Amizah selamat dikebumikan di tanah perkuburan tersebut kira-kira pukul 2.30 petang tadi dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dan penduduk kampung.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba 2, Mohd. Nazarol Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk membantu urusan pengebumian jenazah pada pukul 1.45 tengah hari tadi.

Katanya, seramai tujuh anggota membantu mengurus jenazah dengan mengusung wanita itu menggunakan kain pelikat bagi menggantikan tali dan pengusung. K Online

Bomba bantu urus pengebumian jenazah wanita berat 200 kilogram


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker