Cubalah! Ini Idea Lokasi Terbaik Hadiah Hari Bapa Yang Sure Confirm Ayah Suka

Cubalah! Ini Idea Lokasi Terbaik Hadiah Hari Bapa Yang Sure Confirm Ayah Suka

MELUANGKAN masa berkualiti bersama bapa adalah antara perkara yang boleh anda lakukan bersempena dengan Hari Bapa pada 19 Jun.

Tunjukkan penghargaan terhadap semua jasa seorang bapa dengan membawa mereka ke tempat menarik di Selangor.



Jika tidak tahu hendak ke mana, Tourism Selangor menyenaraikan lima tempat menarik untuk menyambut hari istimewa itu dan berikut adalah lokasinya;

Jeti Sirip Biru

1. Aktiviti memancing dan makan seafood di Jeti Sirip Biru, Bagan Lalang

Jeti Sirip Biru yang terletak di Bagan Lalang merupakan destinasi popular bagi penggemar makanan laut (Pusat Memancing Setempat).

Kawasan ini cukup popular dalam kalangan bapa yang gemar memancing kerana menawarkan pelbagai pakej memancing antaranya laut dalam, memancing sambil memukat dan rumah rakit.

Terdapat lebih daripada sepuluh rumah rakit di tebing sungai disediakan di sini malah anda boleh bermalam bersama keluarga sambil menikmati aktiviti memancing secara santai.



Pakej yang tersedia juga menawarkan hidangan makanan laut yang sangat enak dan ‘fresh’. Pasti bapa anda berpuas hati!

Amverton Cove Golf

2. Bermain Golf di Amverton Cove Golf, Pulau Carey

Hari Bapa ini, Amverton Cove adalah destinasi yang sesuai untuk anda sekeluarga menghabiskan masa bersama bermain golf 18 lubang bersama bapa tersayang.

Padang Golf Amverton Cove cukup menarik dengan pemandangan pantai, kolam, tasik, hutan bakau yang pastinya memberikan anda ketenangan.



Archers taking alternate lanes to ensure social distancing while shooting at Stars Archery, Sunway Pyramid shopping mall.

3. Aktiviti Memanah di Stars Archery, Sunway Pyramid

Stars Archery ialah pengendali perkhidmatan aktiviti memanah jarak jauh tertutup terbesar di Malaysia, dengan matlamat untuk membawa dan menggalakkan orang ramai merasai pengalaman sukan memanah.

Aktiviti ini sudah pasti dapat memberi pengalaman berbeza pada hari istimewa itu apatah lagi di tempat itu mempunyai tenaga pengajar berpengalaman untuk membantu perjalanan aktiviti dilakukan dengan selamat.

Tidak sekadar menimba pengalaman, aktiviti itu turut melatih peserta tentang koordinasi, anggaran dan keupayaan pemain untuk kekal tenang dan kesabaran ketika memanah.



Morac Go Kart Track

4. Berlumba di Morac Go Kart Track, 1 Utama, Petaling Jaya

Morac Go Kart Track yang terletak di kompleks beli-belah paling popular di Selangor, 1 Utama Shopping Centre dibina di atas kawasan berkeluasan 420 meter persegi yang memberikan keselesaan ketika berlumba.

Menerusi aktiviti ini, ia boleh mengeratkan hubungan bapa dan anak selain meningkatkan semangat kesukanan di antara mereka.

National Automobile Museum



5. Melawat Muzium Automobil Negara, Litar Antarabangsa Sepang

Muzium Automobil Negara sarat dengan sejarah pembangunan pengangkutan di Malaysia selain turut mempamerkan pelbagai koleksi kereta buataan Malaysia.

Bapa anda pastinya akan menghargai usaha anda membawanya ke muzium ini, maklum sahaja golongan bapa-bapa memang gemarkan tentang automotif.

Cubalah! Ini Idea Lokasi Terbaik Hadiah Hari Bapa Yang Sure Confirm Ayah Suka

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker