Adakah PH akan khianat BN, soal Wee

Adakah juga DAP tikam belakang?

Adakah PH akan khianat BN, soal Wee

Tindakan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai parti rasuah tidak ubah seperti melafazkan talak tiga kepada kerajaan yang ditadbir bersama kini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang menyelar tindakan itu turut mempersoalkan sama ada yang disuarakan Pua itu memberi isyarat bahawa Pakatan Harapan (PH) akan mengkhianati BN.



Katanya, ia susulan kenyataan Pua yang juga Penasihat Dasar Setiausaha Agung DAP yang turut mengesyorkan PH menang dan mentadbir secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti.

“Saya berasa kesal pemimpin seperti Pua menyerang BN sebagai parti korup, kalau sudah kata parti korup, sudah melafazkan talak tiga umpamanya.

“Kalau Penasihat Dasar Setiausaha Agung DAP sudah syorkan menjelang PRU-16, PH menang dan memerintah secara solo, apa maksudnya?

“Bukankah itu bermaksud BN akan dikhianati oleh PH? DAP akan ‘tikam belakang’?” katanya melalui sidang media yang dimuat naik di Facebook hari ini.



Pada majlis makan malam kutipan dana DAP semalam, Pua mencetuskan kontroversi apabila beliau dilaporkan berkata, penyokong PH mesti membuktikan bahawa parti berbilang kaum yang bersih dan tidak rasuah boleh melakukan lebih baik daripada gabungan rasuah seperti BN, UMNO dan BERSATU.

Pada masa sama, Ka Siong turut mempersoalkan tindakan DAP yang menerima sokongan BN untuk membentuk kerajaan jika beliau mempunyai keraguan mengenai dakwaan rasuah terpalit pada parti itu.

Malah, katanya, beberapa pemimpin DAP sendiri turut dilantik sebagai menteri di bawah Kerajaan Perpaduan ini.

Ka Siong yang juga bekas Menteri Pengangkutan berkata, kenyataan keluar dari seseorang bermulut celupar itu sama sekali tidak menggambarkan semangat kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan.



Sebaliknya, beliau berpesan kepada Pua supaya memandang ke depan dan menunjukkan keikhlasan dalam kerjasama dilaksanakan kini.

Ini kerana, katanya, BN juga mempunyai maruah meskipun menyokong kerajaan pada hari ini untuk mendapatkan sokongan majoriti selepas pilihan raya yang lalu.

“Saya pun rasa pelik, ini mulut celupar ke mulut longkang…kalau kita sudah berkawan, kenapa kita nak memburukkan dia dengan teruk.

“Sebenarnya kita dalam satu kerajaan patut bertindak sebagai kerajaan. Sudahlah ‘move on’ (terimalah hakikat)…pemimpin, Perdana Menteri pun suruh ‘move on’ (terima hakikat),” katanya. BH



Adakah PH akan khianat BN, soal Wee

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial



Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker