Saya Sedia Pertahankan Kerusi Parlimen Tapah Pada PRU 15 – Saravanan

Saya Sedia Pertahankan Kerusi Parlimen Tapah Pada PRU 15 – Saravanan

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tapah yang disandangnya kini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, walau bagaimanapun perkara berkenaan diserahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



“Soal menentukan kedudukan kerusi dan calon adalah hak mutlak Pengerusi BN, dan hanya Pengerusi BN yang boleh menentukan sesiapa untuk bertanding di mana.

“Saya pun tidak boleh memberi jaminan akan bertanding di mana selagi saya tidak menerima watikah (sebagai calon PRU),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Rumah Ibadat Hindu Negeri Perak di Kuil Arulmigu Subramaniar Kallumalai di sini pada Ahad.

Saravanan diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya MIC melaksanakan sistem barter trade atau pertukaran sekiranya mahu bertanding di Parlimen Pulai pada PRU5.



Nur Jazlan dilaporkan memberi gambaran UMNO Johor akan berkorban kerusi berkenaan dan sebagai balasan MIC harus memberi laluan kepada partinya bertanding di Parlimen Tapah.

Media melaporkan beliau berkata, UMNO mampu memberi kemenangan kepada kerusi Tapah kerana ia majoriti pengundi di situ adalah pengundi Melayu.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata selain MIC tidak berminat, beliau juga meminta untuk Nur Jazlan mengamalkan sikap politik matang.

Ujar Saravanan lagi, pengundi di Tapah sudah mengenali dan mengetahui gerak kerjanya sejak memenangi kerusi berkenaan, terutama dalam soal kebajikan rakyat ketika tempoh pandemik COVID-19 sebelum ini.



“Jika saya bertanding di tempat lain, orang tidak tahu jasa saya. Orang Tapah tahu apa yang saya dah buat, dan apa bantuan yang telah saya hulurkan sewaktu COVID-19 dahulu.

“Selagi orang di Tapah mahu saya bertanding, saya akan terus bertanding di situ. Dan sudah tentu ia juga harus mendapat persetujuan daripada presiden parti,” jelas beliau lagi.

Pada PRU14, Saravanan telah memenangi kerusi Parlimen Tapah dengan majoriti undi 614, mengalahkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. AA

Saya Sedia Pertahankan Kerusi Parlimen Tapah Pada PRU 15 – Saravanan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD



It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker