Iszuree enggan ulas lepas PAS mohon maaf

Iszuree enggan ulas lepas PAS mohon maaf

Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim enggan memberikan sebarang komen selepas Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menegur layanan terhadap Presiden Gerakan Dominic Lau yang dihalau dari ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, kelmarin.

Pada malam Ceramah Mega PN Best yang disertai Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu, Iszuree menghalau calon PN DUN Bayan Lepas tersebut atas alasan dia tidak diundang.



“No comment (tiada komen),” jawabnya ringkas kepada Malaysiakini melalui pesanan WhatsApp.

Dia diminta mengulas mengenai kenyataan Takiyuddin bahawa kehadiran Lau sepatutnya disambut dengan baik, dibantu serta dilindungi.

Rasa tidak puas hati PAS Pulau Pinang terhadap Lau tercetus sejak menjelang hari penamaan calon apabila namanya dikaitkan dengan kerusi DUN yang terletak di kawasan parlimen Tasek Gelugor.

Ketiga-tiga kerusi DUN tersebut merupakan kawasan majoriti Melayu.



Lau kemudian dikaitkan pula dengan kerusi DUN Bayan Lepas dalam parlimen Balik Pulau yang juga merupakan kawasan majoriti Melayu.

Iszuree sebelum ini disebut-sebut sebagai calon di DUN Bayan Lepas – kerusi yang bakal ditandingi oleh Lau.

Tak contohi nabi, kata Saifuddin

Sementara itu, Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tindakan menghalau Lau itu sebagai biadab dan tidak mencerminkan perwatakan Islam yang ingin dibawa PAS.



Malah, katanya, tindakan itu tidak mencontohi keperibadian Nabi Muhammad dalam melayani tetamu.

“Nabi Muhammad SAW adalah contoh paling terbaik, banyak kali dilayan secara kasar oleh lawannya tetapi baginda tidak pernah membalas dengan cara yang sama, sebaliknya melayan dengan baik dan lemah lembut,” katanya.

Saifuddin dipetik berkata demikian pada sidang media dalam sebuah majlis makan malam amal anjuran Pertubuhan Kebajikan Kebudayaan dan Sosial Kaum India Pulau Pinang pada Khamis.

Saifuddin berkata walaupun dia berbeza pendapat dengan Lau, dia tidak boleh menerima layanan sebegitu.



“PKR dan DAP ini banyak perbezaan dan persamaan, tetapi bagi menguruskannya tak pernah kita layan DAP seperti PAS melayan Dominic di Pulau Pinang,” dia dipetik sebagai berkata. Mk

Iszuree enggan ulas lepas PAS mohon maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland



Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker