Syed Saddiq Saddiq Hipokrit Isu Wakil Rakyat Lompat Parti

Oleh Tun Teja

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini dilihat sebagai seorang yang hipokrit. Ia adalah satu sifat yang sangat tercela, dan Allah amat marah pada orang yang hipokrit ini. Penampilan Syed Saddiq dalam video muzik lagu terbaru penyanyi rap kontroversi Namewee bertajuk ‘Katak’ mengundang kemarahan rakyat.

Adakah Syed Saddiq menari bersama Namewee juga ketika puluhan ahli parlimen UMNO dan parti lain lompat masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa beliau merupakan menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) merangkap ketua Armada PPBM?



Tahap hipokrasi Syed Saddiq ini tidak dapat diterima rakyat. Beliau tidak ada masalah dengan wakil rakyat yang melompat masuk ke dalam parti beliau. Masalah hanya timbul bagi Syed Saddiq sekiranya wakil rakyat lompat keluar dari parti beliau. Hipokrasi tersebut dipandang jijik oleh rakyat.

Masihkah kita ingat bagaimana Syed Saddiq pernah secara terbuka menyambut “katak politik” untuk menyertai PPBM. Dengan penuh rasa bangga Syed Saddiq membuat ciapan di Twitter mengalu-alukan Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed yang menyertai Bersatu pada Oktober 2018.

Ketika itu, Syed Saddiq tidak pernah membantah PPBM dari menerima ahli parlimen yang melompat daripada Umno semasa pentadbiran PH. Oleh itu, apabila Syed saddiq membuat kameo dalam sebuah lagu yang menghentam wakil rakyat lompat parti, semua pihak mempertikaikan kewajaran tindakan beliau.



Pemimpin PH juga menerima “pengkhianat” daripada Umno semasa gabungan itu memerintah, tetapi kini mereka adalah pengkritik paling kuat terhadap tindakan lompat parti.

Syed Saddiq juga didakwa atas empat pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram namun masih dipaparkan dalam video muzik Namewee. Perkara ini menambah rasa jijik rakyat terhadap beliau.

Video muzik untuk lagu ‘Katak’ mula ditayangkan di akaun YouTube Namewee pada 12 Ogos dan ia turut menampilkan kumpulan rap tempatan 5Forty2 dan The Real Masta Clan. Dalam kredit video muzik itu, antara lain, Syed Saddiq tampil menyampaikan ucapan sindiran mengenai ‘katak politik’.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker