Tren kargo ‘ASEAN Express’ bakal beroperasi Okt, tawar kos kompetitif


Tren kargo ‘ASEAN Express’ bakal beroperasi Okt, tawar kos kompetitif

Syarikat pengeksport dan pengimport di rantau ini akan mempunyai satu lagi pilihan mod pengangkutan apabila perkhidmatan tren kargo ASEAN Express merentasi Malaysia, Thailand dan Laos memulakan perkhidmatan komersial pada Oktober ini.

Perkhidmatan ASEAN Express merupakan hasil kerjasama strategik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan pengendali keretapi Thailand, State Railway of Thailand (SRT) dan Laos Railways yang akan memanfaatkan sektor logistik dan pengangkutan masing-masing.

“Pihak KTMB telah menerima tempahan awal untuk menggunakan perkhidmatan tren ASEAN Express ini bagi penghantaran kontena maritim dan perkhidmatan ini akan menjana pendapatan tambahan sebanyak RM9 juta setahun kepada KTMB,” kata KTMB dalam kenyataan.

KTMB berkata perkhidmatan tren kargo ASEAN Express dengan kos yang lebih kompetitif bakal menjadi pilihan utama pengimport barangan elektrik dan elektronik.

Perjalanan ASEAN Express sejauh 2,206km dari Malaysia ke Laos akan mengambil masa 72 jam.

Pada Isnin, satu majlis ‘flag off’ perkhidmatan percubaan ASEAN Express telah diadakan di Bang Sue Grand Station di Bangkok.

Upacara itu telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin dan Gabenor SRT Nirut Maneepan. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia Isham Ishak dan Duta Besar Malaysia ke Thailand Jojie Samuel.

KTMB berkata kerjasama strategik perkhidmatan tren kargo merupakan satu pengiktirafan kepada Malaysia apabila syarikat keretapi negara Thailand dan Laos memberikan kerjasama penuh untuk menjayakan perkhidmatan itu.

ASEAN Express akan menawarkan kapasiti 80 Twenty Equivalent Units (TEUs) sehala seminggu. Dari Thanaleng di Laos, kargo yang dibawa akan berhubung dengan beberapa wilayah di selatan China seperti Kunming, Chengdu dan Chongqing melalui ibu negara Laos, Vientiane.

Sementara itu, SRT berkata perkhidmatan percubaan tren kargo dari Padang Besar di Malaysia ke Nong Khai (Thailand) dan Thanaleng (Laos) akan mempergiatkan perdagangan sempadan selain menghubungkan perkhidmatan rel ketiga-tiga negara. FMT

Tren kargo ‘ASEAN Express’ bakal beroperasi Okt, tawar kos kompetitif


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker