Disyaki rogol jiran OKU, pemandu lori ditahan

Disyaki rogol jiran OKU, pemandu lori ditahan

Polis menahan seorang pemandu lori disyaki merogol remaja kurang upaya (OKU) berusia 15 tahun yang juga jirannya, dalam kejadian pada Sabtu.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud, berkata mangsa yang mempunyai masalah pembelajaran dirogol suspek berusia 20-an yang didapati positif dadah jenis methamphetamine dan turut memiliki dua rekod jenayah lalu termasuk berkaitan dadah.



Katanya, dalam laporan yang dibuat, ibu mangsa mendapati anak perempuannya tiada di rumah sebelum remaja itu pulang, kira-kira 7.50 malam, pada hari sama.

“Ibu mangsa mengesyaki anaknya itu keluar bersama kawan lelaki dan dikatakan bersiar dengan membonceng motosikal suspek sebelum dirogol.

“Susulan laporan dibuat, polis menahan suspek yang juga jiran mangsa di kawasan Jalan Kampung Bunut payong, kira-kira jam 8.30 malam tadi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Rosdi berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.



“Suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat,” katanya. FMT

Disyaki rogol jiran OKU, pemandu lori ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?



Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker