Remaja 17 tahun campak bayi baru dilahirkan dari tingkat lima apartmen

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang remaja berusia 17 tahun dari Bandar Raya New York didakwa atas tuduhan membunuh selepas didapati mencampak bayi lelakinya yang baru dilahirkan dari tingkat lima sebuah apartmen, lapor laman berita Wion News semalam.

Remaja dengan identiti yang tidak didedahkan itu dilaporkan pergi ke Hospital Lincoln pada 24 Oktober tahun lalu dan mengaku telah melahirkan anak di apartmennya di East 158th Street.

Kakitangan hospital kemudian menghubungi talian kecemasan. Polis turut bergegas ke lokasi di mana gadis itu mendakwa bahawa dia telah melahirkan anaknya.

Pihak berkuasa yang menggeledah kawasan itu kemudian menemui bayi berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah petak hiasan bunga, kata polis.

Siasatan lanjut mendapati gadis itu telah mencampak bayi lelakinya keluar dari tingkap di tingkat lima apartmen itu dan kemudian terjatuh ke dalam petak hiasan bunga tersebut pada bahagian luar bangunan itu.

Pada April lalu, polis mengesahkan bahawa kematian bayi tersebut adalah disebabkan oleh pembunuhan dan bukannya meninggal dunia ketika dilahirkan.

Setelah siasatan selesai, gadis itu telah ditahan pada Khamis lalu dan didakwa atas tuduhan membunuh. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker