Malaysia kerap digegar gempa bumi

Malaysia kerap digegar gempa bumi

GEMPA bumi sederhana berukuran 6.0 pada skala Richter berpusat di Ranau, Sabah, pada 5 Jun 2015, adalah terkuat pernah berlaku di negara ini dalam tempoh 39 tahun.

Gegaran sederhana itu mengatasi rekod gempa bumi terkuat pada 1976, berukuran 5.8 pada skala Richter di Lahad Datu, sehingga mengakibatkan banyak kerosakan harta benda dan bangunan retak.

Gempa bumi pergerakan mengejut permukaan bumi disebabkan pergerakan batuan di sepanjang garis sesar atau di atas persempadanan plat tektonik dan boleh disebabkan aktiviti gunung berapi, iaitu semakin besar saiz gempa bumi semakin besar kemusnahan dicetuskan.

Natijahnya, sela kejadian gempa bumi sederhana sehingga kuat sememangnya tidak dapat dielakkan berlaku Sabah.

Malaysia meskipun bukan berada dalam Lingkaran Api Pasifik isu gempa bumi perlu terus diberi perhatian.

Gegaran dirasai

Menurut Pensyarah Kanan Sekolah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mohd Zamri Ramli, anggaran sela 25 tahun dikenal pasti ahli geologi negara ini dengan mengambil kira sejarah gempa bumi di Ranau pernah berlaku gempa bumi berkekuatan 5.4 pada skala Ritcher pada 1991 dan melebihi 5.0 pada skala Ritcher pada 1966.

“Selain daerah itu, Lahad Datu dan Kudat juga mempunyai sejarah gempa bumi kuat melebihi 6.0 pada skala Richter.

“Di Semenanjung, gempa bumi kekuatan kecil sehingga ringan, iaitu antara 3.0 dan 5.0 pada skala Richter berpusat di Bukit Tinggi, Manjung dan Lembangan Sungai Perak,” katanya.

Kesan gempa terhadap struktur bangunan

Justeru, gempa dari negara jiran iaitu Indonesia dan Filipina memang memberi kesan terhadap struktur binaan di negara ini.

Sebagai contoh, kesan gempa bumi dari Sumatera akan dirasai oleh bangunan tinggi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

“Bangunan dengan tempoh atau ‘period’ pendek adalah lebih dirasai ketika gegaran gempa bumi ‘period’ rendah biasanya berlaku untuk gempa bumi setempat.

“Ini bermakna bangunan rendah dan sederhana lebih bahaya untuk gempa bumi setempat, manakala bangunan dengan period panjang akan lebih dirasai gegaran jika gempa bumi ‘period’ tinggi.

“Bangunan tinggi akan lebih dirasai jika kedudukan gempa bumi itu jauh.

“Jadi bangunan tinggi sekitar Kuala Lumpur dan lain-lain lebih merasai gegaran gempa apabila gempa bumi berlaku di Sumatera. Bangunan rendah dan sederhana banyak rosak dan runtuh apabila gempa bumi setempat berlaku,” katanya.

Teknologi, bahan tahan gempa

Jadi bagaimana mengelak bangunan rosak, runtuh dan musnah dek gegaran bencana alam itu?

Mohd Zamri menegaskan, beberapa ciri-ciri, teknologi, bahan digunakan dalam pembinaan, reka bentuk bangunan dan jambatan supaya memenuhi piawaian ditetapkan melalui dua kaedah, iai tu ductility (kemuluran) serta kaedah penggunaan peralatan pengurangan kesan gempa bumi,” katanya.

Bagaimanapun, kaedah ductility menjadikan struktur lebih ‘ductile” dan mampu untuk menghadapi anjakan bumbung lebih tinggi daripada reka bentuk tanpa mengambil kira gempa bumi.

“Misalnya dengan menggunakan keperluan besi bertetulang lebih banyak terutama pada sambungan elemen bangunan seperti sambungan pada tiang dan rasuk.

“Menerusi penggunaan peralatan pula, penyerap tapak atau lebih dikenali sebagai base Isolator dan damper adalah kaedah popular digunakan. Negara kita juga adalah pengeluar base isolator dengan penggunaan getah asli, diselia oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM),” katanya.

Bagaimanapun, negara ini lebih banyak mengeksport peralatan ini ke luar negara berbanding penggunaan dalam negara.

Bangunan guna kaedah ductility

Setakat ini, penjara baru di Lahad Datu, Sabah antara bangunan direkabentuk menggunakan kaedah ductility.

“Saya sendiri adalah pemeriksa bebas seismik projek ini.

“Bagi kaedah penggunaan peralatan pengurangan kesan gempa bumi ia digunakan pada 1999 di bangunan milik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan digunakan di Jambatan Kedua Pulau Pinang serta bangunan latihan LGM di Langkawi,” katanya.

Kesan Lingkaran Api Pasifik

Dalam keadaan rantaian gempa bumi, ia mewujudkan kebimbangan negara mungkin berada dalam keadaan tidak selamat, sekiranya wujud Lingkaran Api Pasifik, berikutan mungkin terdapat potensi jalur-jalur gempa bumi kecil tidak aktif sekitar negara akan menjadi pencetus dan aktif semula kesan dari gempa bumi yang berlaku di negara jiran.

“Jadi kajian ini sentiasa dijalankan di bawah MetMalaysia dan JMG,” katanya.

Dalam usaha menambah baik reka bentuk bangunan secara keseluruhan mengatasi risiko bangunan rosak akibat gempa bumi, negara ini mengorak langkah dalam mengubah kod amalan reka bentuk bangunan daripada sebelum ini kod amalan reka bentuk British Standard (BS) kepada kod amalan Eurocode (EN) bermula 2010.

“Implikasi perubahan kod amalan reka bentuk daripada BS kepada EN ini cukup besar dalam amalan reka bentuk struktur terhadap gempa bumi.

“Dalam kod amalan EN, reka bentuk terhadap gempa bumi diambil kira berbanding kod amalan BS sebelum ini.

“Standard Malaysia juga memperakui kod amalan khas reka bentuk struktur terhadap gempa bumi (MS EN 1998-1) pada 2015 dan kemudian penghujung 2017, pihak itu menerbitkan ‘Malaysia National Annex’ (NA MS EN 1998-1) bagi menyokong kod amalan yang diperakui pada 2015,” katanya.

Bagi struktur rekaan bangunan sebelum 2015 tidak direkabentuk untuk gempa bumi. Maka, kebanyakan bangunan di Ranau menerima gempa bumi kuat pada 2015 berskala 6.0 pada skala Richter berikutan tidak direkabentuk terhadap gempa bumi dan perilaku terhadap gempa bumi tidak dapat dianggarkan dengan baik ketika proses reka bentuk.

Kod amalan reka bentuk kukuhkan bangunan

Gabungan pelbagai latar belakang kepakaran berupaya mengurangkan kesan gempa bumi terhadap struktur bangunan di negara ini.

Bidang kepakaran itu meliputi dari Jabatan Kerja Raya (JKR), universiti tempatan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Institut Jurutera Malaysia (IEM) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)

Mohd Zamri Ramli, berkata ini dilakukan melalui gabungan perekabentuk tempatan dan pemegang taruh industri binaan lain dengan penerbitan MS EN 1998-1 dan NA MS EN 1998-1.

“Misalnya JKR melalui Bahagian Perkhidmatan Forensik Struktur, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS) menjalani pemeriksaan terperinci dalam penentuan tahap kecacatan bangunan kerajaan di Ranau selepas gempa bumi pada 2015.

“Bangunan terbabit sudah menjalani pembaikan struktur untuk mengekalkan tahap kebolehkhidmatan struktur bangunan itu,” katanya.

Risiko bangunan rosak

Tahap gegaran melebihi 5.5 pada skala Richter berisiko merosakkan struktur sesuatu bangunan akibat gempa bumi.

Keadaan itu berpandu kepada bentuk gempa bumi yang terjadi dan bentuk bangunan yang sudah dibina.

“Jadi pengetahuan kepada dinamik struktur penting kepada seorang perekabentuk bangunan bagi mengurangkan risiko gempa bumi terhadap bangunan yang direkabentuk.

“Justeru, persediaan menghadapi gempa bumi setempat perlu ada kesan gempa bumi dari negara jiran.

“Seminar dan bengkel kebangsaan pertama dianjurkan pada 2001 dan gerak kerja dibangunkan membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan universiti tempatan.

“Gerak kerja bagi mengeluarkan kod amalan reka bentuk sudah dimulai pada 2009 dan dijadikan realiti pada 2015 dan 2017,” katanya.

Kod amalan akan diterbitkan

Banyak lagi kod amalan dalam proses pembangunan memerlukan kajian terperinci dan akan diterbitkan dalam masa terdekat.

Sejak kod amalan terhadap gempa bumi ini dilaksanakan, struktur yang direkabentuk di bawah seliaan JKR mengambil kira kod amalan baru itu.

Struktur lain bukan seliaan badan kerajaan seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta juga mula banyak direkabentuk melalui kod amalan ini.

“Ruang penambahbaikan dan peluasan pelaksanaan kod amalan ini perlu banyak diperkembangkan terutama melalui penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan serta penghayatan kepada undang-undang bangunan seragam yang digubal,” katanya. BH

Malaysia kerap digegar gempa bumi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker