Farizal teruk kena kecam netizen

Farizal teruk kena kecam netizen

Peluang Malaysia untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 dilihat semakin sukar terutamanya selepas tewas 1-2 kepada Bahrain sekali gus mengundang rasa tidak puas hati penyokong bola sepak tanah air.

Bukannya kerana corak permainan yang ditampilkan pasukan menyebabkan mereka ‘bengang’ namun lebih kepada kesilapan individu menjadi punca utama gawang skuad Harimau Malaya dibolosi pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi.

Rata-rata penyokong Harimau Malaya menjadikan penjaga gol negara, Farizal Marlias sebagai ‘objek’ untuk melepaskan kemarahan kerana kegagalan pasukan meraih sekurang-kurangnya satu mata sebagai bekalan selesa untuk melayakkan diri ke pentas Piala Asia.

Rata-rata netizen ‘membuat kerja’ dengan menyerang akaun Instagram milik penjaga gol berusia 36 tahun itu dengan mahu pemain berkenaan diketepikan pada perlawanan menentang Bangladesh, Selasa ini.

“Maaf cakap, game first pun gol mudah, lepas itu beri peluang game kedua pun gol mudah…Bukan saja kita mahu nak salahkan ko..tapi ada sebab di stage seperti ini tolonglah elak buat kesilapan mudah.. Terus jatuh moral rakan sepasukan yang bermain bermati-matian,” kata ijatsatar.

“Dekat situ ada pertahanan, bola jauh, kau keluar, masih ok lagi… bola golek jauh lawan pun tak dapat kejar tapi kena pergi tackle,” kata alwaysready.cum.

Namun, disebalik kecaman itu, Farizal turut menerima sokongan dan kata-kata semangat daripada penyokong bola sepak tanah air yang mahu pemain berkenaan tampil lebih menyakinkan dan mengurangkan kesilapan bagi memastikan gawang negara tidak lagi bocor.

Sebagai rekod, pada perlawanan malam tadi menyaksikan Bahrain bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk meraih kemenangan 2-1 sekali gus membolehkan mereka menghimpun enam mata maksimum dan menggungguli Kumpulan E pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023.

Dengan dua kemenangan berturut turut itu, mereka kini berada pada kedudukan terbaik dan hanya memerlukan satu mata daripada aksi berdepan Turkmenistan untuk layak automatik ke saingan Piala Asia 2023 sebagai juara kumpulan manakala Malaysia pula perlu menang besar menentang Bangladesh. HM

Farizal teruk kena kecam netizen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker