Curi kereta, larikan budak semata-mata mahu balik kampung

Curi kereta, larikan budak semata-mata mahu balik kampung

Seorang penganggur mencuri kereta dan melarikan anak lelaki seorang peniaga di Felda Hilir Satu, Kuantan, semalam kerana mahu pulang ke kampungnya di Mentakab, Temerloh.

Bagaimanapun, dalam kejadian 6.30 petang suspek lelaki berusia 35 tahun sempat menurunkan kanak-kanak berusia sembilan tahun di tepi Jalan Kuantan-Maran selepas kenderaan dilarikannya dikejar ibu mangsa menggunakan kenderaan rakannya.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata ibu mangsa mengejar kereta Perodua Alza miliknya itu dengan menaiki kereta rakannya.

“Kejadian berlaku ketika mangsa anak kedua daripada tiga beradik mengikut ibunya berusia 34 tahun ke rumah rakannya di Felda itu, dan ditinggalkan dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjin selama beberapa minit.

“Ibu mangsa mendakwa jiran rakannya memaklumkan kereta itu dilarikan seorang lelaki, menyebabkan mereka bergegas mengejar suspek. Suspek telah menurunkan kanak-kanak itu beberapa kilometer dari lokasi kejadian dan terus melarikan kenderaan,” katanya menurut laporan Bernama.

Wan Zahari berkata, suspek tidak bekerja itu akhirnya berjaya ditahan oleh pasukan kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran.

Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, melarikan kereta itu kerana mahu pulang ke kampung di Mentakab.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media di IPD Kuantan Wan Zahari berkata polis menumpaskan “Geng Padil” yang dipercayai aktif menyamun sekitar bandar raya terbabit sejak Mei lalu, dengan penahanan dua lelaki warga tempatan baru-baru ini.

Suspek berusia 22 dan 29 tahun itu dipercayai mulai aktif sejak Mei lalu, ditahan dalam serbuan di Jalan Batu Hitam, Beserah, pada Rabu semasa menaiki kereta Perodua Kancil dilaporkan dicuri pada 2 Jun.

“Mereka dipercayai melakukan jenayah itu dengan mencari mangsa yang berjalan seorang diri, sebelum mengugut mereka dengan menggunakan parang untuk menyerahkan wang tunai dan barangan berharga,” katanya.

Wan Zahari berkata, suspek dipercayai terlibat lima kes jenayah termasuk samun, curi kenderaan, dan pecah kedai, dengan anggaran kerugian sekitar RM10,000. FMT

Curi kereta, larikan budak semata-mata mahu balik kampung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker