15 rakyat Malaysia terlibat kemalangan bas di Arab Saudi

15 rakyat Malaysia terlibat kemalangan bas di Arab Saudi

Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan kemalangan melibatkan bas pekerja dinaiki 15 rakyat Malaysia yang terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, mereka merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah.



Susulan insiden itu, mereka yang terlibat dibawa ke Hospital An Nur dan King Faisal Hospital di Mekah bagi mendapatkan rawatan.

“Dua daripada mangsa mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk, manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan,” katanya.

Menurut Wisma Putra, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Arab Saudi berhubung kemalangan itu.

Katanya, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan insiden itu dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.



“Kementerian Luar mendoakan agar semua mangsa kembali pulih dengan segera,” katanya. FMT

15 rakyat Malaysia terlibat kemalangan bas di Arab Saudi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker