Bon Odori, Ini kenyataan Mufti Perlis

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Festival Bon Odori di Malaysia diberi nama baru.

Asri berkata dengan berbuat demikian akan mengelak sebarang kekeliruan kepada umat Islam mengenai asal usul acara tersebut yang mengandungi unsur syirik dan khurafat.

“Jika boleh, diberikan nama baru atau nama tambahan di samping nama Bon Odori bagi mengelakkan kekeliruan dengan perayaan asal yang mempunyai unsur syirik dan khurafat.

“Ini seperti menamakan festival kebudayaan Jepun, atau masyarakat Jepun. Dengan itu, festival dapat diteruskan, dan polemik dapat dikurangkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Asri turut menyarankan penganjur agar memastikan tiada unsur keagamaan pada majlis itu.

“(Penganjur perlu) memastikan isi sambutan festival itu tidak bersifat agama, tidak dimasukkan unsur khurafat atau syirik tertentu dan tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu,” katanya.

Bon Odori ialah acara tarian tahunan yang diraikan sempena perayaan Bon Jepun. Sepanjang tiga dekad lalu, acara tersebut turut diraikan di Malaysia di beberapa lokasi.

Walaupun acara itu berakar umbi mengikut kepercayaan agama Budha di Jepun, ia kini disambut sekadar acara perjumpaan keluarga.

Ada pihak yang beranggapan acara Bon Odori di Malaysia bukan bersifat keagamaan tetapi lebih menjurus sebagai pertukaran budaya.

Festival Odori di Malaysia mencuri perhatian susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad yang menasihatkan umat Islam supaya tidak menghadiri acara tersebut.

Dakwanya, kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival itu memang ada unsur-unsur keagamaan.

Bagaimanapun,Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat program kebudayaan Jepun Bon Odori.

Malah, baginda juga mencadangkan agar Idris supaya hadir ke program sambutan Bon Odori pada 16 Julai ini di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic).

Titah baginda, ini supaya pemimpin PAS itu dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker