Bon Odori: Dewan Ulama PAS pertahan kenyataan Idris

Dewan Ulama PAS Pusat menggesa orang Islam agar tidak menyertai festival Bon Odori yang diadakan di negara ini.

Gesaan itu sehari selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat program kebudayaan Jepun itu yang akan diadakan di Shah Alam pada 16 Julai ini.

Dalam satu kenyataan, ketuanya Ahmad Yahya berkata walaupun ada pihak berpandangan ia hanyalah acara kebudayaan Jepun, ia tetap tidak menyangkal bahawa ada unsur ritual Buddha di dalamnya.

“Prinsip ini selaras dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh para mufti, pengkaji agama serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Kesemua pendirian ini dinyatakan berdasarkan maslahah awam supaya tidak terjerumus kepada perkara yang boleh membawa kepada pelanggaran akidah,” katanya dalam kenyataan.

Dia juga berkata pandangan acara itu hanyalah bersifat kebudayaan semata-mata “tidak cukup merit”.

Sultan Selangor juga berpendirian, “banyak budaya mempunyai kaitan dengan agama, tetapi tidak semestinya agama ada dalam budaya”.

Ia selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad menasihatkan umat Islam supaya tidak menyertai Festival Bon Odori atas dakwaan ia “perayaan Buddha Jepun bagi menghormati semangat nenek moyang mereka”.

Katanya kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival itu memang ada unsur-unsur keagamaan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata Dewan Ulamak PAS turut mencadangkan agar kerajaan Kelantan tidak memasukkan tarian Bon Odori sebagai acara dalam Festival Kebudayaan Kelantan-Jepun.

Acara itu berlangsung pada 4 Jun lalu dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Abdullah.

“Di samping itu, badan-badan autoritatif agama di negara ini sewajarnya mewacanakan semula bentuk-bentuk perayaan dan festival dari dalam dan luar negara yang mempunyai kaitan dengan unsur keagamaan lain,” kata Ahmad lagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker