TMJ lepaskan JDT

TMJ lepaskan JDT

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengundur diri daripada pengurusan kelab paling berjaya tanah air itu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dibuat di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Menerusi kenyataan itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertindak demikian disebabkan faktor tanggungjawab serta komitmen lain yang perlu dilakukan.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” katanya dalam hantaran di Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail memberi sinar baharu buat kelab bolasepak di Johor itu setelah mengambil alih pengurusan kelab bermula pada 2012.

Sepanjang tempoh hampir sedekad ini, pelbagai kejayaan demi kejayaan yang diraih pasukan Harimau Selatan itu bermula dengan memenangi gelaran Liga Super pada 2014.

Sejak dari itu, pemilik gelaran Liga Super itu tidak pernah berpindah tangan setelah JDT muncul juara saban tahun bagi lapan musim berturut-turut.

Kejayaan membanggakan JDT dicipta pada 2015 ketika pasukan di bawah kendalian Mario Gomez memenangi Piala AFC, sekali gus menjadi pasukan pertama negara memenanginya.

Pada tahun ini, JDT sekali lagi mengukir nama di pentas antarabangsa selepas muncul pasukan pertama negara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL). E9

TMJ lepaskan JDT


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker