Trauma 4 kali kemalangan berlaku depan rumah

Trauma 4 kali kemalangan berlaku depan rumah

Pemilik rumah di lokasi kemalangan maut yang mengorbankan nyawa pasangan suami isteri di Jalan Serkam Pantai, Merlimau Isnin lalu mendedahkan bahawa nahas itu bukanlah yang pertama berlaku di depan rumahnya.

Nazira Saidin, 40, berkata, dia sudah menyaksikan empat kemalangan termasuk tiga kejadian yang meragut nyawa.



Katanya, kejadian pertama berlaku pada awal tahun 2000 melibatkan pelajar sekolah manakala kejadian kedua membabitkan seorang lelaki yang terbabas setelah mendakwa ada “sesuatu” melintas di depannya.

“Berderau darah dan menggigil badan apabila melihat tangan mangsa kemalangan maut yang terlindung di sebalik kereta,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Tambahnya, ketika kejadian, dia berada di dapur untuk membasuh baju sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman seperti letupan dan seretan yang kuat.

“Hati saya dah tak sedap ketika itu dan yakin ada kemalangan yang berlaku berhampiran rumah. Saya minta anak tengok keadaan di luar dan dia beritahu zink tercabut.



“Setelah melihat sendiri, saya terkejut kerana rumah saya dirempuh kereta. Masa itu orang sudah ramai, tapi belum mengetahui ada mangsa yang maut.

“Saya lihat seorang pakcik cedera kerana motosikalnya meletup berhampiran masjid dan kemudian baharu ternampak tangan mangsa yang maut terlindung di belakang kereta. Terus berderau darah dan menggigil, tak fikir rumah dah masa itu,” kongsinya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta Perodua Myvi dipercayai dipandu lelaki mabuk dalam nahas membabitkan empat kenderaan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pulai, Rahmat Adom berkata, pembinaan bonggol jalan dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk memperlahankan kenderaan yang sering menggunakan jalan tersebut.



Katanya, saban hari semakin banyak kenderaan melalui jalan berkenaan kerana lokasi sekitarnya mula membangun dan menjadi tumpuan pelancong seperti Pantai Siring dan Pengkalan Tanjung Batu.

“Aliran trafik yang meningkat ini disebabkan orang luar masuk ke kampung dan kebanyakan mereka dilihat gemar memandu laju di jalan lurus. Walaupun ada beberapa tempat diletakkan garisan kuning, namun ia masih belum cukup untuk memperlahankan kenderaan,” katanya. FMT

Trauma 4 kali kemalangan berlaku depan rumah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker