Sasar kutipan lebih RM2.1 juta bidaan plat DEK

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyasarkan kutipan melebihi RM2.1 juta bagi bidaan nombor siri pendaftaran kenderaan DEK yang dibuka bermula 9 hingga 13 Jun ini.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, sasaran bidaan selama lima hari itu merangkumi nombor siri pendaftaran DEK 8, DEK 11, DEK 88 dan DEK 8055 yang dijangka paling ramai membuat bidaan itu.
Katanya, bagi siri nombor pendaftaran utama, harga minimum ditetapkan sebanyak RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300).
“Pendaftaran boleh dilakukan di portal Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) atau melalui aplikasi mudah alih JPJeBid dan keputusan bidaan akan diumumkan pada 14 Jun ini.
“Bidaan itu terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap negara ini yang berusia 18 tahun ke atas termasuk perniagaan atau syarikat yang berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Misuari, kaedah pembayaran bidaan dalam JPJeBid adalah hanya menggunakan kad kredit tempatan dan kad debit tempatan sahaja yang tiada sekatan untuk melakukan bidaan.
Katanya, bagaimanapun, setiap individu hanya layak untuk memenangi maksimum tiga nombor kenderaan manakala bagi perniagaan atau syarikat adalah tidak melebihi lima nombor kenderaan sahaja.
“JPJ Kelantan berjaya mengutip hasil sebanyak lebih RM33 juta sepanjang tempoh perlaksanaan sistem JPJeBID diperkenalkan bermula dengan siri DDP hingga DEJ.
“Kita pernah merekodkan jumlah kutipan hasil nombor siri pendaftaran DDD sebagai yang paling tinggi iaitu bernilai lebih RM7.3 Juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PRU15: PM tidak buat keputusan membelakangi YDPA
- Pesawat asing ceroboh ruang udara kediaman Biden
- Hadi pertahan pertemuan Muhyiddin dengan pembangkang
- Diterajang pelanggan kerana tisu [VIDEO]
- Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
- Individu Bergelar ‘Datuk Seri’ Ziarah Ustaz Kazim, Serah Bon 1 Juta Euro
- Saya menang besar, Nazri bidas balik
- 7 lokasi Mee Bandung Muar paling sedap sekitar Johor
- Muhyiddin tak mengaku dakwaan ada majoriti
- Kelebihan Air Zam Zam, Sebaik-baik Air Di Muka Bumi! Umat Islam Perlu Tahu Sejarahnya [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG
You must be logged in to post a comment.