Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

KUALA LUMPUR – Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan dakwaan pemimpin politik masa kini menerima elaun bulanan sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mencecah RM1 juta sebulan sebagai melampau dan tidak masuk akal.

Jelas Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi, sikap segelintir pemimpin yang memasang angan-angan hendak menjadi jutawan melalui bidang politik juga tidak wajar dan bersifat tamak.

Ujarnya, sikap berbeza ditunjukkan pemimpin-pemimpin negara pada zaman dahulu apabila mereka lebih memikirkan soal rakyat dan negara serta komited mendaulatkan Malaysia berbanding menjadikan politik sebagai platform mengumpul harta.

“Berbanding dengan pemimpin sekarang, saya dengar khabar elaun seorang pengerusi GLC mencecah RM1 juta sebulan, saya fikir melampau.

“Saya rasa pemimpin-pemimpin kita dahulu lebih memikirkan soal rakyat dan negara, mereka lebih berusaha mendaulatkan negara.

“Ada di antara mereka yang meninggal dunia tanpa meninggalkan harta, namun mereka meninggalkan jasa yang sangat besar. Itulah perjuangan dibawa pemimpin dahulu yang harus dicontohi kepimpinan politik sedia ada,” ujarnya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Premium pada Selasa.

Tengku Razaleigh dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Premium.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li menegaskan faktor mencontohi sifat terpuji kepimpinan terdahulu juga menyebabkan beliau enggan menerima sebarang bayaran atau elaun di sepanjang perkhidmatan sebagai menteri dan pengerusi GLC.

Tambahnya, dengan bulanan Perdana Menteri selepas zaman kemerdekaan negara juga hanya bernilai RM3,000 sebulan, beliau merasakan keperluan berkorban kepada negara demi memelihara nasib anak bangsa adalah lebih mendesak.

“Kalau pemimpin zaman dahulu sanggup berkorban, (Perdana Menteri pertama) Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj) hanya menerima gaji RM3,000 sebulan, mengapa orang seperti saya yang diberi penghormatan menjadi menteri dan pengerusi GLC perlu menerima bayaran?

“Biarlah saya berkorban, rela menyumbang buah fikiran dan tenaga secara percuma kepada negara. Saya sudah ada pemandu, kereta sendiri…Saya tidak mahu membebankan negara,” kata Ku Li lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker