Ahmad Maslan ingatkan, jangan zalimi Ahli Parlimen

SHAH ALAM – Beberapa pemimpin menyifatkan cadangan kerajaan menghalang atau melarang mana-mana ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat adalah tindakan zalim dan tidak munasabah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan menghalang ahli Parlimen yang terbabit dengan kes mahkamah daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat juga adalah melanggar prinsip asas seseorang itu tidak didapati bersalah sehingga diputuskan benar-benar bersalah dalam mahkamah yang adil.

Bagaimanapun, Ahmad menegaskan, pindaan Rang Undang-Undang Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) berkenaan masih di peringkat cadangan belum dibentang dan dibincangkan dengan Ahli Parlimen.

“Komen saya tentang cadangan #AhliParlimen ada kes mahkamah dihalang ke Parlimen disertakan dalam posting ini. Ia melanggar prinsip asas innocent until proven guilty dan beban pembuktian beyond a reasonable doubt. Jangan ditambah kezaliman kepada mereka yang mungkin sedang dizalimi,” kata Ahmad pada Sabtu.

Pada Jumaat lalu, media melaporkan bahawa kabinet bersetuju dengan cadangan melaksana reformasi Parlimen termasuk meminda sama ada melarang atau membenarkan ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah, digantung daripada menghadiri persidangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipetik sebagai berkata, perkara itu masih diperhalusi untuk disesuaikan dengan perkembangan dan peraturan sedia ada Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, sistem kehakiman Malaysia tentunya berpegang kepada seseorang itu tidak bersalah sehingga diputuskan benar-benar bersalah dalam mahkamah yang adil dan hukuman pula boleh dirayu hingga Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan seseorang itu masih berpeluang untuk didapati tidak bersalah. Tidak kiralah seseorang itu ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang atau rakyat biasa negara ini tertakluk kepada prinsip innocent until proven guilty.

“Maka sewajarnya ahli Parlimen perlu dibenarkan meneruskan tugas di kawasan dan Dewan Rakyat sehingga mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, beliau terkilan kerana terlalu kerap sesuatu kes mahkamah mengambil keputusan yang lama.

“Maka wajarlah ahli Parlimen yang terus diberikan elaun itu dibenarkan mengikuti, mengambil bahagian, mengundi dalam sidang Dewan Rakyat dan berkhidmat di kawasan selama tempoh perbicaraan kerana beliau masih tidak bersalah selagi keseluruhan prosesnya belum selesai,” katanya.

Antara Ahli Parlimen mungkin tidak dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat jika pindaan Akta 347 dikuatkuasakan:

1. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kes rasuah dan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi).

2. Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak (Kes 1MDB dan SRC International)

3. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kes Rasuah 2.8 juta)

4. Pengerusi DAP, Lim Guan Eng (Kes rasuah projek terowong Pulau Pinang)

5. Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Kes pecah amanah dan penyelewengan RM1 juta)

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker