Pelajar dipukul tak mahu sertai kongsi gelap

Pelajar dipukul tak mahu sertai kongsi gelap

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga dipukul di hadapan sebuah sekolah menengah di sini oleh sekumpulan lelaki kerana dikatakan enggan menyertai kongsi gelap.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata polis menerima laporan kes terbabit jam 2 petang kelmarin.

Semasa berada di hadapan sekolah, mangsa didatangi enam suspek yang tidak dikenali. Suspek berumur antara 17 hingga 18 tahun itu mengajak mangsa menyertai kumpulan kongsi gelap.

“Mangsa bagaimanapun dipukul menggunakan tangan oleh enam suspek kerana menolak menyertai kumpulan itu. Mangsa cedera di bibir, pipi dan dahi.

“Seorang suspek yang juga penganggur berusia 18 tahun ditahan jam 12.15 tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan.

Rahmat berkata, siasatan awal suspek mengaku memukul mangsa bersama rakan lain.

“Polis memohon orang ramai di tempat kejadian tampil untuk membantu siasatan. Polis tidak akan berkompromi dengan jenayah membabitkan pelajar sekolah,” katanya. BH

Pelajar dipukul tak mahu sertai kongsi gelap


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker